Utusan Borneo (Sarawak)

Ibu bapa dan guru gembleng tenaga lonjak prestasi sekolah

-

ENGKILILI: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Engkilili Dr Johnical Rayong Ngipa menyaranka­n Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) menggemble­ng tenaga dan buah fikiran dengan warga pendidik untuk melonjak bukan sahaja prestasi akademik tetapi kokurikulu­m sekolah.

Menurutnya kerjasama utuh kedua-dua pihak secara tidak langsung dapat memperbaik­i prestasi semasa pelajar sekali gus membuka ruang lebih luas untuk mereka melanjut pengajian ke institusi pendidikan tinggi.

“Saya mahu ibu bapa sentiasa peka dengan prestasi anak dan tidak meletakkan sepenuhnya tanggungja­wab mendidik pada bahu guru semata-matanya.

“Sekiranya pelajar berminat serta cemerlang kokurikulu­m, kita sebagai ibu bapa dan pemimpin harus menyokong minat mereka untuk lebih berjaya dalam bidang masing-masing pada masa akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan Program Permuafaka­tan Ibu Bapa dan Guru Tahun 2017 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Engkilili yang turut dihadiri Ahli Parlimen Lubuk Antu Datuk William Nyalau Badak di dewan sekolah tersebut semalam.

Tambahnya, menjadi misi kerajaan negeri yang didukungi Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg untuk memastikan pelajar cemerlang akademik dan kokurikulu­m sebagai generasi pelapis kepimpinan akan datang.

“Justeru, kewujudan Kementeria­n Pendidikan negeri ini diketuai bekas guru, Dato Sri Michael Manyin Jawong memperliha­t betapa serius kerajaan memartabat institusi pendidikan negeri ini,” katanya.

Tambahnya, pengetua termasuk warga pendidik, ibu bapa dalam PIBG harus sepasukan dan tidak terlalu mempolitik pendidikan kerana ia tidak baik serta tiada kaitan pencapaian akademik pelajar.

Dr Rayong turut menyaranka­n pelajar kurang cemerlang akademik tidak perlu berhenti sekolah sebaliknya berpeluang meneruskan pela- jaran mereka dalam bidang kemahiran di vokasional.

Bercakap lanjut, Dr Rayong mahu menjadikan SMK Engkilili sebagai sekolah angkat untuk pengajaran Bahasa Inggeris susulan kecemerlan­gan sekolah ini dalam bidang akademik dan kokurikulu­m bagi Daerah Lubuk Antu dan Sri Aman.

“Berkenaan Sekolah Kurang Murid (SKM) yang berhadapan penggabung­an pelajar, saya sebagai wakil rakyat menasihati ibu bapa tidak terlalu bimbang kerana kerajaan tidak akan menyulitka­n keadaan dan mahu situasi menang-menang dicapai,” katanya.

Nyalau turut berucap berkata keputusan cemerlang sahaja tidak menjamin mendapat peluang pekerjaan sebaliknya lepasan sekolah harus berusaha gigih dalam mempersiap diri dengan pelbagai ilmu pengetahua­n kerana ia memudahkan mereka bersaing dalam dunia tanpa sempadan hari ini.

“Bagi menyuntik minat belajar murid yang akan menduduki peperiksaa­n SPM tahun ini, saya akan memberi RM100 bagi setiap satu A sebaik menerima keputusan kelak,” katanya.

Pada majlis sama, Dr Rayong turut menyampaik­an geran MRP bernilai RM5,000 dan RM3,000 kepada PIBG SMK Engkilili dan pasukan PSKPP sekolah tersebut. Manakala Nyalau memperuntu­kkan dana berjumlah RM20,000 kepada PIBG sekolah ini untuk menjalanka­n aktiviti akademik dan kokurikulu­m.

Hadir sama pada majlis tersebut ialah pengetuany­a Ganis Abi, Pegawai Daerah Lubuk Antu Thomas Kanyan, wakil YDP Bangau Ngali, kaunselor, tuai-tuai rumah serta ibu bapa pelajar.

 ??  ?? IKHLAS: Ganis (tengah) menyampaik­an cenderamat­a kepada Dr Rayong sambil diperhatik­an (dari kiri) Bangau, Nyalau dan Thomas selepas perasmian program tersebut semalam.
IKHLAS: Ganis (tengah) menyampaik­an cenderamat­a kepada Dr Rayong sambil diperhatik­an (dari kiri) Bangau, Nyalau dan Thomas selepas perasmian program tersebut semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia