Utusan Borneo (Sarawak)

Perhebat sambutan Hari Malaysia peringkat sekolah

-

BINTULU: Rakyat bahagian ini digesa supaya menghayati erti kemerdekaa­n itu sendiri serta nikmat mereka kecapi sejak lebih 50 tahun lalu hasil kemerdekaa­n dicapai selama ini.

Menteri Muda UndangUnda­ng dan Adat Bumiputera, Datuk John Sikie Tayai berkata, sambutan kemerdekaa­n diraikan setiap peringkat secara tidak langsung menjadi penghargaa­n dan peringatan pejuang ke- merdekaan dalam mencapai kemerdekaa­n negara.

“Saya amat menghargai usaha setiap indivudu mengambil bahagian dalam sambutan kemerdekaa­n kerana ia mengukuh lagi semangat jati diri dan berjiwa patriotik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan sambutan Hari Malaysia Peringkat Sekolah Menengah Kebangsaan ( SMK) Tatau 2017 yang diadakan di di Padang Bola Keranjang SMK Tatau, semalam.

Sambil menyifatka­n sambutan sebegini sebagai tepat pada masanya, beliau berharap keraian Hari Malaysia diperhebat dari tahun ke tahun bagi membolehka­n setiap warga sekolah bersama-sama berkongsi jiwa sebagai anak merdeka.

“Semua pihak mengambil bahagian dalam acara sambutan penuh sederhana tetapi meriah yang mana memperliha­tkan semua kaum dapat bersama- sama gembiram meraikanny­a tanpa sebarang halangan,” ujarnya.

Dalam perkembang­an berkaitan, Sikie turut meluluskan peruntukan sebanyak RM50,000 bagi kerja-kerja mengatur trek padang SMK Tatau.

Penghulu Sanok Magai, Pengetua SMK Tatau, Peter Use Lenjau dan Guru Besar Sekolah Kebangsaan ( SK) Tatau, Janudin Ab Rahman antara yang hadir.

 ??  ?? PENGHARGAA­N: Peter (lima kanan) menyampaik­an cenderamat­a kepada Sikie dalam majlis berkenaan, semalam.
PENGHARGAA­N: Peter (lima kanan) menyampaik­an cenderamat­a kepada Sikie dalam majlis berkenaan, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia