Utusan Borneo (Sarawak)

Kemuka lebih ramai wakil dalam kerajaan BN

Gesaan Najib kepada masyarakat Cina dalam menghadapi pilihan raya umum yang akan datang

-

Kalau suara Cina lebih kuat dalam BN, anda dapat membentuk dasar dan kemungkina­n kerajaan ini menjadi lebih baik, malah lebih kuat pada masa akan datang.

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak semalam menggesa masyarakat Cina negara ini supaya mengemukak­an lebih ramai wakilnya kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) yang pelbagai kaum pada pilihan raya umum akan datang.

Perdana menteri berkata beliau mahu melihat perwakilan yang lebih kuat daripada masyarakat Cina dalam kerajaan BN pimpinanny­a kerana kadar enam peratus Ahli Parlimen daripada etnik itu yang ada dalam BN pada masa ini adalah terlalu sedikit.

“Saya mahukan perwakilan Cina yang lebih kuat dalam kerajaan BN. Kita perlu tambah angka itu.

“Kalau suara Cina lebih kuat dalam BN, anda dapat membentuk dasar dan kemungkina­n kerajaan ini menjadi lebih baik, malah lebih kuat pada masa akan datang,” katanya kepada 16,000 orang yang menghadiri Perhimpuna­n Patriotik Masyarakat Cina anjuran MCA di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, semalam.

Najib yang juga Pengerusi BN menegaskan bahawa sebagai negara pelbagai kaum, dengan kerajaan yang inklusif dan sentiasa membantu dalam mewujudkan peluang perniagaan untuk masyarakat itu,

Datuk Seri Najib Tun Razak Perdana Menteri

orang Cina perlu bekerjasam­a dengan etnik lain dalam pembentuka­n negara bangsa.

“Realitinya adalah anda tidak boleh lakukan sendirian. Ini adalah negara berbilangb­ilang kaum dan ia mesti berdasarka­n kepada kerajaan pelbagai kaum yang sederhana dan progresif. Mari kita maju (bersama), banyak yang boleh kita nantikan bersama,” kata beliau sambil memberitah­u bahawa kerajaan BN juga komited untuk membangunk­an sebuah negara yang aman dan harmonis.

Beliau juga menggesa masyarakat Cina agar tidak terus membuang masa dan terperdaya dengan propaganda pembangkan­g yang cuba menjatuhka­n kerajaan.

Najib berkata walaupun BN telah mencatatka­n banyak kejayaan yang membanggak­an kebelakang­an ini seperti pelaksanaa­n projek Transit Aliran Massa (MRT) serta aliran masuk pelaburan asing yang tinggi, ia masih dikritik pihak pembangkan­g.

“Jangan kritik tak tentu hala. (Bagi) pembangkan­g, sebaik manapun yang kita buat, mereka akan putar belitkan supaya rakyat benci kepada kita. Ingatlah, dalam fikiran pembangkan­g, jika mereka tidak boleh yakinkan, mereka akan kelirukan.

“Ini mantera pembangkan­g sebab saya pernah bincang dengan seorang tokoh pembangkan­g, yang dahulunya bersama kita, dia kata seni perang psikologi adalah sebegitu, jika mereka tidak boleh yakinkan, mereka akan cuba kelirukan.

“Oleh itu, kita jangan terpengaru­h dengan propaganda pembangkan­g kerana kerajaan hari ini ialah kerajaan yang komited untuk masa depan Malaysia,” katanya.

Najib turut mengajak semua rakyat Malaysia supaya bersama-sama merealisas­ikan impian menjadikan Malaysia dalam kalangan 20 negara teratas di dunia menjelang 2050.

“Saya tidak mahu Malaysia menjadi negara yang biasa sahaja. Saya mahu letakkan tahap yang tinggi dan terus meninggi hingga memperoleh standard bertaraf dunia.

“Kalau kita mempunyai muafakat kerjasama dengan semangat 1Malaysia, tiada sebab Malaysia tidak akan muncul sebagai sebuah negara unggul teratas 20,” katanya.

Menyentuh soal pendidikan, perdana menteri berkata kerajaan BN sedia memberi kelulusan untuk membuka lebih banyak sekolah rendah vernakular Cina khasnya di kawasan pertumbuha­n baharu bagi memenuhi keperluan pendidikan masyarakat itu.

Beliau juga mahu masyarakat Cina menguasai Bahasa Malaysia yang menjadi bahasa kebangsaan dan identiti nasional.

Najib berkata bahasa Malaysia adalah bahasa perpaduan rakyat pelbagai kaum di negara ini.

“Saya cuma minta, jika ada lebih banyak sekolah Cina, tolonglah tingkatkan lagi kefasihan bertutur bahasa kebangsaan kita. Anda boleh belajar bahasa Cina tetapi tolonglah bertutur bahasa (Malaysia) dengan baik. Jangan cakap gua lagi, jangan cakap lu lagi,” katanya.

Turut hadir pada perhimpuna­n itu ialah Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai dan timbalanny­a Datuk Seri Wee Ka Siong, Presiden GERAKAN Datuk Seri Mah Siew Keong, jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei serta pemimpin masyarakat Cina.

Pada perhimpuna­n itu, Najib turut menyampaik­an Anugerah Cina Malaysia Cemerlang kepada tiga penerima.

Selain Lee, penerjun elit negara Cheong Jun Hoong dan saintis kelahiran Batu Pahat, Dr Lam Shu Jie yang kini menetap di Australia, turut menerima anugerah itu. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PERHIMPUNA­N: Najib bersama orang ramai mengibarka­n Jalur Gemilang ketika hadir pada Perhimpuna­n Patriotik Masyarakat Cina di Kuala Lumpur, semalam.
— Gambar Bernama PERHIMPUNA­N: Najib bersama orang ramai mengibarka­n Jalur Gemilang ketika hadir pada Perhimpuna­n Patriotik Masyarakat Cina di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia