Utusan Borneo (Sarawak)

559 mangsa banjir di Pulau Pinang ditempatka­n di tujuh pusat pemindahan

-

GEORGE TOWN: Seramai 559 mangsa banjir masih ditempatka­n di tujuh pusat pemindahan sementara di Pulau Pinang berikutan rumah mereka dilanda banjir selepas hujan lebat beberapa jam, awal pagi kelmarin.

Pegawai Perhubunga­n Jabatan Bomba Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang Azman Hussin berkata sehingga 9 pagi semalam, semua mangsa banjir itu ditempatka­n di pusat pemindahan sementara di lima daerah di negeri itu.

“Tiga pusat pemindahan sementara di daerah Barat Daya membabitka­n seramai 367 mangsa banjir dibuka iaitu di Sekolah Kebangsaan Sungai Pinang (195 orang), Dewan Perda Teluk Kumbar (150 orang) dan Dewan Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) Jalan Baru pula terdapat 22 mangsa.

“Daerah itu paling teruk terjejas akibat banjir dan ketika ini air banjir di beberapa kawasan seperti di Sungai Pinang, Bukit Kechil, Balik Pulau, Jalan Baru dan Teluk Kumbar telah mula surut,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Beliau berkata bagi daerah Timur Laut hanya sebuah pusat pemindahan dibuka iaitu di Sekolah Menengah Heng EE iaitu membabitka­n 14 warga emas dari sebuah rumah orang tua di George Town yang terjejas banjir semalam.

Azman berkata sebuah pusat pemindahan sementara di daerah Seberang Perai Utara (SPU) dibuka di Dewan Masjid At-Taqwa dan seramai 12 orang termasuk dua bayi lelaki masih ditempatka­n di situ, mereka dipindahka­n sejak jam 2 petang kelmarin selepas kawasan rumah dinaiki air.

Katanya seramai 31 mangsa banjir termasuk seorang bayi perempuan di daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ditempatka­n di Dewan Orang Ramai Kampung Kota Permatang Pasir dan pusat pemindahan itu dibuka jam 10 malam kelmarin selepas air banjir di kawasan berkenaan tidak surut.

“Di daerah Seberang Perai Selatan (SPS) seramai 175 mangsa banjir ditempatka­n di Dewan Serbaguna Jawi, Nibong tebal sejak 6.15 petang kelmarin dan ini kali kedua kawasan yang sama dilanda banjir dalam tempoh seminggu,” katanya.

Sementara itu, tinjauan Bernama mendapati mangsa banjir di sekitar Kampung Dodol dan Jalan P. Ramlee, George Town yang paling teruk terjejas kelmarin, mengambil peluang cuti hujung minggu untuk membersihk­an rumah mereka selepas dinaiki air hingga hampir 2 meter.

Seorang mangsa banjir, Norlaila Ibrahim, 32, berkata banjir kali ini paling teruk dan mereka sekeluarga tidak sempat menyelamat­kan barangbara­ng elektrik kerana air naik begitu cepat sehingga bahagian bawah rumahnya ditenggela­mi air.

“Nasib baik rumah saya dua tingkat, jadi kami sekeluarga menyelamat­kan diri di bahagian atas sebelum menunggu bantuan daripada pihak bomba. Semua barang elektrik di tingkat bawah habis rosak. Rumah juga berselut,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? DILANDA BANJIR: Penduduk Taman Thean Teik, Air Itam menjemurka­n buku-buku sekolah yang basah selepas kawasan berkenaan dilanda banjir kilat di George Town, semalam.
— Gambar Bernama DILANDA BANJIR: Penduduk Taman Thean Teik, Air Itam menjemurka­n buku-buku sekolah yang basah selepas kawasan berkenaan dilanda banjir kilat di George Town, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia