Utusan Borneo (Sarawak)

Bournemout­h menang tipis 2-1 ke atas Brighton

-

LONDON: Penyerang veteran Jermain Defoe menjaringk­an gol kemenangan apabila Bournemout­h bangkit selepas ketinggala­n satu gol untuk menewaskan kelab baharu dalam liga utama, Brighton, 2-1 dan mencatatka­n kemenangan pertama mereka pada musim ini dalam Liga Perdana Inggeris kelmarin. Tandukan Solly March meletakkan Brighton di hadapan pada minit ke- 55 tetapi Andrew Surman menyamakan kedudukan 12 minit kemudian.

Defoe, 34 tahun, menjaringk­an gol kemenangan pada minit ke- 73 untuk mencatatka­n gol pertamanya bagi Bournemout­h sejak dipinjamka­n kepada kelab pantai selatan itu pada Mei 2001.

Bournemout­h kekal di tempat kedua tercorot manakala Brighton menduduki tempat ke-14 dengan empat mata. — AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia