Utusan Borneo (Sarawak)

Hanover duduki puncak Bundesliga

-

BERLIN: Kelab baharu dalam liga utama Hanover 96 menduduki tempat teratas Bundesliga Jerman buat sementara waktu kelmarin apabila kemenangan 2-0 ke atas Hamburg menyaksika­n mereka memintas Dortmund dan Hoffenheim.

Tiga pasukan tersebut sebelum ini terikat dengan tujuh mata sebelum hujung minggu ini di mana Dortmund menen- tang Cologne dan Hoffenheim bertarung dengan Hertha Berlin pada hari ini (Ahad).

Kelmarin gol- gol hasil tolakan Martin Harnik pada minit ke-50 dan rembatan jarak dekat dari pemain gantian Ihlas Bebou selepas 81 minit menyaksika­n Hanover membawa siri tanpa kalah mereka yang mengagumka­n kepada 16 perlawanan dalam semua pertanding­an.

Juara Bayern Munich menduduki tempat keenam sebelum perlawanan mereka menentang Mainz 05 semalam.

Pada musim lepas RB Leipzig turut menduduki tempat teratas pada peringkat ini, itupun dengan lapan mata, dan seterusnya menamatkan musim di tempat kedua, sekali gus layak ke Liga Juara-Juara. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia