Utusan Borneo (Sarawak)

Persembaha­n menarik bakal disaji

Perasmian Sukan Para ASEAN malam ini dijanjikan sehebat Sukan SEA KL2017

-

KUALA LUMPUR: Upacara perasmian Sukan Para ASEAN Kuala Lumpur 2017 malam ini, bakal menampilka­n persembaha­n hebat sama seperti majlis pelancaran Sukan SEA KL2017.

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata upacara itu yang diadakan di Stadium Nasional, Bandar Sukan Kuala Lumpur bermula 8.15 malam akan berlangsun­g selama satu jam 20 minit.

“Tiket dalam talian dah habis, kami tidak jual tiket, penonton cuma perlu buat tempahan menerusi dalam talian. Esok 4,000 hingga 5,000 tiket lagi diedarkan di stadium kepada orang ramai bermula 12 tengah hari, maka atas kertas saya melihat stadium penuh,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas membuat lawatan ke venue memanah di Padang Sintetik Majlis Sukan Negara (MSN), bola sepak CP di Padang C MSN dan badminton di Axiata Arena di sini semalam.

Khairy yang juga Pengerusi Jawatankua­sa Pengelola Malaysia (MASOC), berkata semua persiapan dan persediaan penganjura­n sukan itu berada pada tahap terbaik, termasuk dari segi kemudahan tambahan untuk penonton OKU yang hadir ke venue.

Perasmian esok turut menyaksika­n persembaha­n penyanyi terkemuka Yuna bersama-sama dengan golongan kurang upaya (OKU).

“Kami juga melatih 4,000 sukarelawa­n untuk memberikan bantuan kepada atlet dan juga penonton, terutamany­a bagi go- longan OKU mengenai kemudahan yang disediakan, kenderaan khas dan sebagainya selain telah menambah dan mengubah suai kemudahan kepada mereka,” katanya.

Sukan Para ASEAN kesembilan berlangsun­g hari ini hingga 23 September ini menawarkan 368 pingat emas daripada 16 jenis sukan yang dipertandi­ngkan. — Bernama

Tiket dalam talian dah habis, kami tidak jual tiket, penonton cuma perlu buat tempahan menerusi dalam talian. Esok 4,000 hingga 5,000 tiket lagi diedarkan di stadium kepada orang ramai bermula 12 tengah hari. Khairy Jamaluddin Menteri Belia dan Sukan

 ?? — Gambar Bernama ?? BERSEMANGA­T: Khairy Jamaluddin (depan lima kiri) bergambar bersama wakil ketua-ketua kontinjen selepas 11 bendera kontinjen negara yang bertanding dinaikkan sempena Sukan Para ASEAN Ke-9 Kuala Lumpur 2017 di Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam.
— Gambar Bernama BERSEMANGA­T: Khairy Jamaluddin (depan lima kiri) bergambar bersama wakil ketua-ketua kontinjen selepas 11 bendera kontinjen negara yang bertanding dinaikkan sempena Sukan Para ASEAN Ke-9 Kuala Lumpur 2017 di Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia