Utusan Borneo (Sarawak)

Masa depan bola sepak negara semakin cerah: KJ

-

KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin melihat masa depan bola sepak Malaysia semakin cerah berikutan perkembang­an positif pasukan muda negara di pentas antarabang­sa. Khairy berkata kejayaan pasukan Bawah 22 ( B- 22) layak ke Kejuaraan Konfederas­i Bola Sepak Asia (AFC) B-23 dan mara ke final Sukan SEA pada bulan lalu, selain kejayaan pasukan B-18 layak ke final Kejohanan B- 18 Persekutua­n Bola Sepak Asia Tenggara (AFF) 2017, semalam memberikan harapan besar untuk kejayaan skuad Harimau Malaya dalam masa lima tahun lagi.

Skuad B-18 mara ke perlawanan akhir untuk bertemu Thailand esok selepas menewaskan pasukan tuan rumah Myanmar melalui penentuan tendangan penalti 5-4 setelah kedudukan sepe- nuh masa terikat 0-0.

“Ini membuktika­n bahawa perubahan di bawah kepimpinan baharu Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah membuahkan hasil. Mereka melihat kepada lima hingga 10 tahun akan datang, bukan hanya memberi fokus kepada pasukan kebangsaan senior yang sedia ada.

“Sekiranya pasukan-pasukan muda di bawah kendalian Datuk Ong Kim Swee (B-23), Bojan Hodak ( B- 18) dan Lim Teong Kim (Program Pembanguna­n Bola Sepak Negara - PPBN) dikekalkan momentum dan diberi pendedahan secukupnya, pasti skuad kebangsaan kita akan menjadi satu pasukan yang digeruni lawan,” katanya kepada pemberita selepas melawat beberapa venue Sukan Para ASEAN kesembilan di Bandar Sukan Kuala Lumpur di sini, semalam.

Menurut Khairy, pemainpema­in muda berkenaan perlu mengembang­kan kerjaya bola sepak dengan men- imba pengalaman untuk meningkatk­an kebolehan dan kemampuan mereka, bukan sahaja di peringkat domestik tetapi juga di peringkat antarabang­sa.

“Saya bangga apabila pemain skuad Sukan SEA kita tarik minat pasukan serantau. Mereka juga harus melihat kepada peluang untuk menimba pengalaman bersama kelab-kelab terbaik di benua Asia dan kalau boleh di Eropah,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia