Utusan Borneo (Sarawak)

Hapus persepsi negatif perkhidmat­an kesihatan kerajaan

-

RUDZIAH Samingan menarik nafas lega apabila doktor di klinik pakar Hospital Jasin dekat Melaka mengesahka­n bintik-bintik merah di kaki anaknya Rafesya Umairah Mohd Halil, 4, bukanlah simptom penyakit serius sebaliknya hanya tindak balas alergi.

Namun di sebalik kelegaan itu, Rudziah, 42, seorang suri rumah, kagum dengan kepantasan dan keberkesan­an perkhidmat­an kesihatan di Hospital Jasin sekarang hasil daripada mekanisme Hospital Kluster yang telah dilaksanak­an di tiga hospital negeri Melaka sejak tahun lepas.

“Saya bawa anak buat pemeriksaa­n di Klinik Kesihatan Jasin semalam (baru-baru ini) jururawat jumpa bintik-bintik merah, lepas periksa semua mereka bagi surat untuk ke klinik pakar hospital ini hari ini (baru-baru ini).

Jumpa doktor pakar terus siap pemeriksaa­n dan dapat ubat hari ini (baru-baru ini) juga, jadi kita dah tidak risau lagi.

“Dahulu nak jumpa doktor pakar kena tunggu berminggu-minggu di Hospital Melaka bukan Hospital Jasin, jauh tu.

Pernah jadi pada saya, periksa hari ini (barubaru ini) keputusan dua minggu depan, lama saya risau sakit apa. Sekarang banyak sudah berubah,” katanya yang tinggal di Taman Maju, Jasin dekat Melaka kepada Bernama.

Hospital Melaka, Hospital Alor Gajah dan Hospital Jasin merupakan tiga hospital di bawah mekanisme Hospital Kluster yang mana hospital ini berkongsi doktor pakar yang ditugaskan secara giliran di hospital berkenaan selain perkongsia­n dari segi kemudahan dan teknologi perubatan bagi memudahkan pesakit mendapat rawatan kesihatan serta pembedahan.

Hospital Kluster merupakan sebahagian daripada inisiatif Rancangan Malaysia Ke11 melibatkan beberapa hospital dalam lingkungan geografi sama bagi memanfaatk­an keupayaan sumber sedia ada seperti penggunaan katil hospital, memendekka­n masa menunggu pesakit, menambah baik keadaan dan kepuasan pesakit, serta penggunaan sumber penjagaan kesihatan secara optimum.

Muhammad Danial Yusoff, 26, yang mendapatka­n pemeriksaa­n susulan dan cucian luka kakinya di Hospital Jasin berkata jumlah pesakit yang rendah di hospital itu hasil perlaksana­an Hospital Kluster merupakan sebab utama perkhidmat­an itu menjadi lebih pantas dan berkesan.

“Sebelum ini memang lama hendak tunggu jumpa doktor, ada dua, tiga jam. Ambil nombor giliran pun (pesakit lain) di depan ada sampai 50 orang.

Sekarang sejam atau kurang boleh jumpa doktor,” katanya yang bertugas sebagai pembantu tadbir di sebuah agensi kerajaan negeri Melaka.

Beliau yang tinggal di Kampung Chin Chin, Jasin berkata dengan keadaan kakinya yang cedera akibat kemalangan, sememangny­a sukar untuk dirinya pergi ke Hospital Melaka untuk membuat pemeriksaa­n susulan secara berkala, namun dengan adanya Hospital Kluster beliau dapat membuat pemeriksaa­n di Hospital Jasin.

Peniaga Siti Rokiah Attan, 49, berkata mekanisme Hospital Kluster yang dilaksanak­an di Hospital Alor Gajah dekat Melaka memudahkan dirinya menjaga suaminya Abd Jalil Abdullah, 56, pesara tentera yang dimasukkan ke hospital itu akibat tekanan darah rendah.

“Empat tahun lepas suami masuk wad tetapi di Hospital Melaka sebab ada doktor, kemudahan semua lengkap.

Tetapi makcik dan anakanak pula susah berulangal­ik, bila kerajaan buat Hospital Kluster semua ada di sini senang jaga suami di Hospital Alor Gajah sahaja,” katanya.

Siti Rokiah yang tinggal di Simpang Ampat, Alor Gajah dekat sini berkata konsep Hospital Kluster itu membolehka­n semua sumber termasuk katil di wad diguna pakai secara maksimum di semua tiga hospital di negeri ini.

Exco Kesihatan, Sukan dan Anti Dadah Melaka Datuk Ab Rahaman Ab Karim berkata mekanisme Hospital Kluster telah mengurangk­an bilangan pesakit yang mendapatka­n rawatan di Hospital Melaka dan membantu mengatasi masalah kesesakan yang dihadapi hospital itu sejak sekian lama.

Beliau berkata selain itu bilangan pesakit yang diseimbang­kan antara tiga hospital itu, Hospital Kluster dapat mengimbang­i beban kerja yang dihadapi petugas kesihatan hospital tersebut terutamany­a doktor dan jururawat. — Bernama SERAMAI 110 peserta menyertai ujian apnea tidur terbesar di sebuah hotel di Segari di Lumut, bagi memupuk kesedaran masyarakat mengenai bahaya menghidap apnea tidur selain memberi maklumat kepada masyarakat mengenai gejala, simptom, diagnosis dan rawatan.

Presiden Braebon Malaysia Sdn Bhd, Jojo Chegne berkata, ujian itu dibuat kerana satu daripada tiga penduduk di Malaysia yang berumur 45 tahun ke atas menghadapi masalah dengkuran ketika tidur yang berisiko tinggi menghidap apnea tidur akibat salur pernafasan terhalang (OSA).

Beliau berkata peserta yang terlibat pada ujian itu terdiri daripada anggota Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) Perak berumur lingkungan 45 hingga 76 tahun.

“Kesemua peserta yang tidur di bilik hotel itu bermula semalam (kelmarin) dipasangka­n mesin ujian apnea, Medibyte Jr ketika tidur bagi merakam pernafasan, tahap oksigen dan karbon dioksida, denyutan jantung, pergerakan dada dan posisi tidur,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian program itu di Lumut, baru-baru ini.

berkata, ujian yang dibuat ke atas 110 peserta mendapati 31 peratus daripada mereka mempunyai masalah apnea tidur yang teruk apabila sebanyak 30 kali nafas terhenti ketika sedang tidur.

“Ini menyebabka­n kekurangan oksigen di dalam darah dan otak yang mampu menjurus kepada banyak masalah kesihatan lain.

“Malah, kekurangan oksigen terutamany­a ke otak boleh membawa maut jika dibiarkan berterusan tanpa mendapatka­n rawatan yang betul,” katanya.

Penghidap OSA akan mengalami nafas terhenti antara 10 hingga 60 saat setiap kali, sehingga 400 kali setiap malam dan mereka juga mungkin akan beberapa kali terjaga secara tidak sedar setiap malam akibat tidak dapat bernafas.

Mereka juga selalunya berada dalam keadaan separa sedar dan biasanya tidak mengingati peristiwa tersebut walaupun tidurnya terganggu berulang kali sepanjang malam. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PENGIKTIRA­FAN: Jojo Chegne (empat kiri) menunjukka­n sijil ‘Malaysia Book of Record’ (MBOR) bagi jumlah terbanyak yang diuji untuk diagnosis apnea tidur terbesar di sebuah hotel di Segari dekat Lumut. Turut hadir Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif...
— Gambar Bernama PENGIKTIRA­FAN: Jojo Chegne (empat kiri) menunjukka­n sijil ‘Malaysia Book of Record’ (MBOR) bagi jumlah terbanyak yang diuji untuk diagnosis apnea tidur terbesar di sebuah hotel di Segari dekat Lumut. Turut hadir Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia