Utusan Borneo (Sarawak)

Dilema pilih ‘Calon Isteri’ isi slot Panggung Ahad di TV1

-

BUNTU mencari calon isteri membuatkan Haris terus bersetuju untuk dijodohkan dengan gadis bernama Odah. Namun Odah juga tidak memenuhi kriteria yang dimahukan oleh Haris. Bolehkah Haris menerima Odah dengan seadanya?

Menggandin­gkan pelakon utama Zahiril Adzim dan Reen Rahim, selain dibantu oleh Liza Abdullah, Delimawati, Fathil Dani, Hamdan Senario dan Fezrul Khan, usah ketinggala­n menyaksika­n babak-babak menarik dalam telemovie bertajuk ‘Calon Isteri’ pada jam 10.05 pagi ini (17 September 2017) mengisi slot Panggung Ahad di saluran TV1.

Haris terdesak untuk berkahwin. Dia meminta ibunya, Mak Kiah mencarikan calon isteri untuknya. Mak Kiah jadi buntu kerana tiada seorangpun calon isteri yang dicadangny­a dipersetuj­ui oleh Haris.

Akhirnya Mak Kiah mendapat kata sepakat dengan Haris. Sesiapa saja gadis yang datang ke gerainya pada hari itu, akan dijadikan calon isteri Haris. Akhirnya Odah, seorang gadis yang lurus bendul dan bermulut becok pula yang muncul.

Setelah pertunanga­n antara Haris dan Odah terikat, Haris berubah hati. Haris berpura-pura menjadi gila dan akhirnya tali pertunanga­n mereka diputuskan oleh bapa Odah. Haris gembira. Odah kecewa.

Namun kedatangan kru drama ke kampung itu merubah kehidupan Odah. Odah yang terlibat sebagai pelakon tambahan disolek sehingga Odah tampak cantik dan menarik. Odah juga ditawarkan watak yang lebih mencabar.

Haris terkejut apabila mendapat tahu Odah menjadi seorang pelakon drama. Dia berusaha untuk mendapatka­n semula Odah. Berbagai-bagai usaha dilakukan oleh Haris.

Dalam waktu yang sama, Odah mulai bosan dengan cara hidup sebagai pelakon tambahan. Akhirnya Odah pulang semula ke kampung dan kembali seperti kehidupan asalnya – seorang gadis bermulut becok dan lurus bendul. Adakah Haris menerima Odah seadanya?

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Reen Rahim dalam ‘Calon Isteri’.
Reen Rahim dalam ‘Calon Isteri’.
 ??  ?? WATAK UTAMA: Zahiril Adzim dan Reen Rahim dalam ‘Calon Isteri’ di TV1.
WATAK UTAMA: Zahiril Adzim dan Reen Rahim dalam ‘Calon Isteri’ di TV1.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia