Utusan Borneo (Sarawak)

Dari Beyonce ke Clooney, Hollywood bersatu untuk teleton ‘Hand in Hand’

-

SEANGKATAN selebriti Hollywood menyampaik­an ucapan bersemanga­t, persembaha­n menyentuh hati dan menerima panggilan telefon Selasa lepas di satu teleton yang disiarkan secara langsung oleh televisyen untuk mengutip dana bagi mangsa terselamat dan mangsa Taufan Harvey dan Taufan Irma.

Selebriti termasuk George Clooney, Julia Roberts, Leonardo DiCaprio, Matthew McConaughe­y, Tom Hanks, Beyonce, Justin Bieber dan Demi Lovato berhimpun di teleton ‘Hand in Hand’ dengan cerita dan lagu yang memberi inspirasi tentang kelangsung­an hidup (survival) sewaktu bencana dahsyat itu berlaku.

Teleton selama sejam itu, yang disiarkan di seluruh platform siaran, kabel dan digital, mengutip lebih AS$14 juta (RM57.4 juta). Dalam program itu, Stephen Colbert berkata Apple Inc telah menderma AS$5 juta (RM20.5 juta), yang menurut pelawak itu, “juga merupakan harga iPhone baharu”.

Beyonce, yang muncul dalam satu rakaman pesanan, bercakap mengenai keperluan segera bagi bekalan di kota asalnya Houston selepas Harvey menjadi taufan paling kuat pernah melanda Texas dalam tempoh lebih 50 tahun, membunuh lebih 60 orang, menyebabka­n lebih sejuta manusia kehilangan tempat tinggal, dan merosakkan kira-kira 203,000 kediaman.

“Pada waktu di mana ia adalah mustahil untuk menonton berita tanpa melihat keganasan atau rasisme di negara ini, apabila kita menyangka ia tidak mungkin akan bertambah buruk, bencana alam meragut nyawa tidak ternilai, menyebabka­n kerosakan besar-besaran dan mengubah kehidupan buat selama-lamanya,” kata Beyonce.

“Bencana alam tidak mendiskrim­inasi. Ia tidak melihat sama ada anda seorang pendatang, hitam atau putih, Hispanik atau Asia, Yahudi atau Muslim, kaya atau miskin ... semua kita sama-sama di dalam ini,” katanya.

Irma, salah satu taufan Atlantik paling kuat dalam rekod, memusnahka­n beberapa buah pulau di utara Caribbean, dan membunuh sekurangku­rangnya 43 orang.

Ia membadai Florida Keys pada Ahad lepas, di mana 90 peratus kediaman dipercayai musnah atau rosak teruk.

Teleton berkenaan disiarkan dari New York, Nashville dan Los Angeles, di mana Stevie Wonder memulakan acara dengan lagu “Lean On Me” bersama koir gospel manakala bintang seperti Hanks, Barbra Streisand dan Cher bertepuk tangan ketika mereka duduk di stesen telefon mereka. Pada satu ketika, Clooney dan Roberts, yang duduk bersebelah­an, dengan riang bertukar telefon untuk bercakap dengan pemanggil satu sama lain.

Dari Grand Ole Opry di Nashville, Reese Witherspoo­n dan Nicole Kidman menceritak­an kisah seorang kanakkanak perempuan yang terselamat dengan berpaut pada mayat ibunya.

Penyanyi R&B Usher dan bintang muzik country Blake Shelton menyanyika­n lagu ‘Stand By Me’.

Tori Kelly dan Luis Fonsi mempersemb­ahkan lagu Leonard Cohen ‘Hallelujah’, Dave Matthews mendendang­kan lagunya ‘Mercy’ dan George Strait menyanyika­n lagunya ‘I Believe’, yang disertai rakan-rakan termasuk Miranda Lambert dan Chris Stapleton. – Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia