Utusan Borneo (Sarawak)

Halima pejuang kepelbagai­an dalam industri peragaan

-

LEBIH kurang setahun yang lalu, Denise Wallace, pengarah eksekutif bersama pertanding­an ratu cantik Miss Minnesota USA, menerima panggilan telefon daripada seorang gadis bernama Halima Aden, 19, yang bertanya sama ada dia dapat bertanding dalam pertanding­an itu dengan memakai hijabnya atau tidak.

“Gambarnya muncul dan saya ingat dengan jelas bagaimana saya berkata ‘Wah, dia cantik’,” kata Wallace.

Remaja Somali-Amerika itu menarik tumpuan sebagai peserta pertama yang memakai hijab dan burkini dalam sejarah pertanding­an berkenaan.

Langkah berani itu melonjakka­n kariernya ke tahap baharu melibatkan banyak “perkara pertama kali”, termasuk menjadi hijabi pertama yang ditandatan­gani sebuah agensi peragaan penting.

“Saya memakai hijab setiap hari,” kata Aden, yang berada di New York untuk Minggu Fesyen, kepada Reuters.

Hijab – salah satu tanda paling ketara dalam budaya Islam – sedang memasuki aliran utama, dengan pengiklan, gergasi media dan firma fesyen yang menggalakk­an imej tudung tradisiona­l itu dalam jauh lebih banyak cara.

Nike Inc mengumumka­n ia menggunaka­n ketangkasa­nnya dalam pasaran sukan dan peranginan untuk melancarka­n hijab jaring yang dapat dilalui udara pada musim bunga 2018, menjadi pembuat pakaian sukan utama yang pertama untuk menawarkan tudung tradisiona­l Islam yang direka bagi pertanding­an.

Pembuat pakaian remaja dari American Eagle Outfitters Inc mencipta hijab denim dengan Aden sebagai model utamanya. Tudung remaja itu habis dijual dalam masa tidak sampai seminggu dalam talian.

Ketua pengarang majalah Allure, Michelle Lee, turut terlibat, dan menggambar­kan Aden sebagai seorang “gadis remaja normal Amerika” di muka depan majalah itu bagi isu Julai.

“Dia adalah seseorang yang menggambar­kan dengan begitu menakjubka­n siapa kita sebagai Amerika, sebagai ‘melting pot’, ia sama sekali munasabah bagi kami,” kata Lee.

Aden, yang dilahirkan di Kakuma, sebuah kem pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Kenya, berhijrah ke Amerika Syarikat pada usia tujuh tahun bersama keluargany­a di mana mereka pada mulanya menetap di St Louis. Dia suka mengimbau waktu di kem pelarian dengan menyatakan, “Orang berlainan, pelarian berlainan dari seluruh Afrika berkumpul di Kakuma. Namun kami tetap menjumpai perkara yang sama”. Di Amerika, dia adalah seorang pelajar pintar dan ratu ‘homecoming’. Sekarang, matlamat utamanya adalah untuk menjadi contoh bagi belia Muslim Amerika. “Saya menjadi saya dan saya tidak ada sebab untuk memikirkan bahawa orang lain menentang saya,” kata Aden. “Jadi saya agak saya tidak ambil kisah.” Aden berkata dia berpuas hati sebagai seorang pejuang kepelbagai­an dalam industri peragaan, tetapi pada masa depan, dia berharap untuk kembali ke

 ??  ??
 ??  ?? Kakuma dan berkhidmat untuk kanakkanak pelarian di sana. — Reuters
Kakuma dan berkhidmat untuk kanakkanak pelarian di sana. — Reuters
 ??  ??
 ??  ?? BERHIJAB: Gambar yang diambil pada 28 Ogos ini menunjukka­n Halima Aden, model fesyen dan bekas pelarian yang melangkaui sempadan sebagai model pertama yang memakai hijab dan menghiasi cover majalah dan meraga dalam pertunjuka­n peragaan berprofil tinggi, menunjukka­n gaya sewaktu penggambar­an di New York City.
BERHIJAB: Gambar yang diambil pada 28 Ogos ini menunjukka­n Halima Aden, model fesyen dan bekas pelarian yang melangkaui sempadan sebagai model pertama yang memakai hijab dan menghiasi cover majalah dan meraga dalam pertunjuka­n peragaan berprofil tinggi, menunjukka­n gaya sewaktu penggambar­an di New York City.
 ?? — Gambar Reuters ??
— Gambar Reuters
 ??  ??
 ??  ?? HALIMA ADEN
HALIMA ADEN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia