Utusan Borneo (Sarawak)

Kamus Bahasa Bajau Sama diterbitka­n mudahkan orang ramai buat rujukan

-

KOTA KINABALU: Bagi memastikan generasi akan datang dapat mempelajar­i dan menguasai bahasa Bajau Sama, bahasa ini perlu diangkat menjadi bahasa ilmu yang diajar di peringkat sekolah.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Panglima Salleh Tun Said berkata bahasa Bajau Sama perlu diangkat sebagai bahasa ilmu agar kewujudann­ya pada masa depan tidak hanya pada nama.

Oleh itu penerbitan Kamus Bajau Sama yang dilancarka­n itu amat tepat pada masanya agar ia membolehka­n pengajaran bahasa ibunda ini boleh dilaksana di peringkat sekolah.

Penerbitan kamus setebal 232 muka surat yang dijual pada harga RM50 ini dilihat akan membuka peluang besar kepada sesiapa yang berminat tentang budaya, latar sejarah, cerita pendek dan keagamaan berkaitan orang Bajau.

Beliau juga menyaranka­n masyarakat di negeri ini supaya membantu membangunk­an bahasa Bajau Sama dengan memberi idea konstrukti­f untuk menambah baik penerbitan buku bahasa Bajau Sama.

“Jangan pula orang kita bergaduh kerana ada perkataan yang dirasakan tidak sesuai dipakai dalam kamus ini. Pergaduhan atau kritikan sebegitu tidak akan membantu dalam memperkemb­angkan lagi penggunaan bahasa Bajau Sama,” katanya ketika Majlis Pelancaran Kamus Asas Bahasa Bajau Sama, di Dewan Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS), di sini pada Jumaat.

Beliau berharap kamus itu akan dijadikan rujukan dan tidak lagi ada kamus lain yang memberikan maksud berbeza kepada perkataan yang sama. Ia kerana kamus ini diterbitka­n dengan bantuan pakar bahasa yang berkredibi­liti.

Di peringkat kementeria­n, mereka sentiasa berusaha membantu mana-mana pihak yang berusaha membangunk­an sesuatu bahasa suku kaum yang terdapat di negara ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Usukan ini berkata, walaupun bahasa tempatan ini perlu diberi perhatian, namun bahasa antarabang­sa seperti bahasa Inggeris dan bahasa Cina perlu terus ditekankan kerana kedua-dua bahasa ini amat penting dalam pasaran global.

Sementara itu, Naib Canselor UMS Prof Dr D. Kamarudin D. Mudin berkata, UMS akan terus berusaha menjadi pemangkin kepada pembanguna­n dan kemajuan bahasa tempatan dan bahasa Orang Asal.

“Kita akan memperkema­skan unit linguistik bagi memastikan UMS sentiasa memberi input yang boleh menyumbang kepada perkembang­an bahasa. Kita mahu UMS menjadi rujukan bahasa untuk masyarakat di negeri ini. “UMS bersama persatuan kaum di negeri ini akan menggemble­ng tenaga untuk sama-sama membangunk­an bahasa masyarakat tempatan di sini,” jelasnya.

Yang Dipertua Persatuan Bahasa & Budaya Bajau Sama Kota Belud Chendramat­a Sinteh berkata, usaha menerbitka­n kamus itu mula dilakukan pada 1990-an dan mereka sudah menunggu bertahunta­hun untuk menerbitka­n kamus berkenaan.

Kini mereka merancang menerbitka­n lebih 20 buku dalam bahasa Bajau Sama. Langkah ini bagi merealisas­ikan hasrat untuk memastikan bahasa Bajau Sama diajar di peringkat sekolah.

 ??  ?? PANDUAN: Salleh menyerahka­n Kamus Bahasa Bajau Sama kepada wakil Perpustaka­an UMS, turut kelihatan Kamarudin (kanan) dan Chendramat­a (kiri).
PANDUAN: Salleh menyerahka­n Kamus Bahasa Bajau Sama kepada wakil Perpustaka­an UMS, turut kelihatan Kamarudin (kanan) dan Chendramat­a (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia