Utusan Borneo (Sarawak)

Baka Musang King Raub kini di Taman Pheonix

-

KUCHING: Bapa durian Musang King dari Raub, Pahang kini membuka premis jualannya di Taiwan Taipei, Taman Pheonix di Jalan Batu Kawa.

Menurut Chan Loy Fooh yang kini berusia 68 tahun, penggemar durian Musang King mahupun pekebun di negeri ini kini boleh mendapatka­n baka durian itu di premisnya.

“Kita ada menjual anak pokok durian Musang King yang dibawa khas dari Raub, Pahang pada harga berpatu- tan mengikut ketinggian anak pokok.

“Terdapat 1 hingga 4 kaki tinggi anak pokok yang dijual di premis ini yang terletak di Taman Pheonix, Jalan Batu Kawa yang dibuka setiap hari kecuali Rabu dari jam 8 pagi hingga 6 petang,” katanya ketika ditemui semalam.

Chan yang mempunyai pengalaman luas lebih 31 tahun dalam menanam durian Musang King berkata, beliau turut menyediaka­n perkhidmat­an menghantar anak pokok kepada pelang- gannya.

Jelasnya lagi, sekiranya pelanggan dan pekebun mengalami masalah selepas menanam anak pokok yang dijualnya itu, beliau sendiri akan tampil bersua muka untuk membantu dan memberi khidmat nasihat tentang penjagaan pokok durian Musang King tersebut.

“Kita juga ada menjual baja dan racun khas untuk penanaman durian Musang King ini di sini,” tambahnya.

Selain itu, Chan yang mempunyai kebun durian Mu- sang King seluas 20 ekar di Raub, Pahang berkata, usia minimum untuk anak pokok durian itu menghasilk­an buah adalah lima tahun.

“Kalau pokok itu sudah berusia 10 tahun dan ke atas, satu pokok durian Musang King boleh mengeluark­an buah maksimum 300 hingga 400 biji,” dedahnya lagi.

Mengenai perusahaan­nya, Chan berkata, kini beliau turut mengekspor­t durian Musang King ke negara luar seperti Hong Kong, China, Indonesia, Taiwan dan Australia ekoran permintaan tinggi penggemar durian itu.

Justeru, orang ramai yang berminat untuk memiliki pokok Durian Musang King boleh datang ke premis Chan di Taman Pheonix, Jalan Batu Kawa berhadapan kedai perabot.

 ??  ?? KAMI DI SINI: Premis Chan terletak di Taman Pheonix, Jalan Batu Kawa Kuching.
KAMI DI SINI: Premis Chan terletak di Taman Pheonix, Jalan Batu Kawa Kuching.
 ??  ?? KINI DI SARAWAK: Chan menunjukka­n anak pokok durian Musang King yang diterbangk­an khas dari Raub, Pahang.
KINI DI SARAWAK: Chan menunjukka­n anak pokok durian Musang King yang diterbangk­an khas dari Raub, Pahang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia