Utusan Borneo (Sarawak)

Tiada yang luar biasa dengan pelaburan KWSP dan Khazanah di AS: Irwan Siregar

-

PUTRAJAYA: Tidak ada yang luar biasa dengan pelaburan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Khazanah Nasional Bhd di Amerika Syarikat (AS), kata Ketua Setiausaha Perbendaha­raan Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah.

Beliau berkata KWSP sememangny­a membuat pelaburan di luar negara seperti di United Kingdom, AS dan sebagainya demi memberi pulangan yang terbaik kepada pencarum.

“Jadi, perkaraini(pelaburan KWSP di luar negara) walaupun sebelum lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke AS sudah ada,” katanya kepada pemberita selepas menutup program Hackathon dan melancarka­n portal Coding@Schools di Kementeria­n Kewangan di sini kelmarin.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai perancanga­n KWSP dan Khazanah Nasional Berhad untuk meningkatk­an pelaburan di AS sempena lawatan Perdana Menteri ke negara tersebut baru-baru ini.

Najib yang dalam rangka lawatan tiga hari ke AS dari 11 hingga 13 September mengumumka­n KWSP dijangka melabur antara AS$3 bilion (RM12.6 bilion) dan AS$4 bilion (RM16.8 bilion) di negara tersebut manakala Malaysia Airlines Berhad ( MAB) berhasrat untuk membeli lebih banyak pesawat Boeing.

Tambah Mohd Irwan Serigar, pencarum KWSP mahukan pulangan atau dividen yang tinggi sama ada melalui pelaburan dalam negara atau di luar negara.

Pada masa yang sama, katanya, KWSP mempunyai panel pelaburan yang akan menilai risiko pelaburan dan sebagainya dan juga pulangan yang terbaik.

“Saya rasa perkara ini normal. Panel pelaburan KWSP sudah pun membuat penilaian dan sebagainya. Jadi, melabur ini sesuatu yang biasa untuk memberi pulangan yang terbaik kepada pencarum.

“Tohmahan dan idea sesetengah pihak yang mengatakan di sebaliknya bahawa kita hendak menolong ekonomi AS, adalah tidak berasas,” katanya.

Beliau berkata MAB juga memiliki pasukan penilaian teknikal dan penilaian komersial tersendiri untuk menjadikan MAB syarikat penerbanga­n yang termoden dengan perkhidmat­an yang cekap. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia