Utusan Borneo (Sarawak)

1MINE cadang kerajaan wujudkan FTZ bagi PKS

-

KUALA LUMPUR: Persatuan Rangkaian Usahawan India Malaysia ( 1MINE) mencadangk­an kepada kerajaan untuk mewujudkan Zon Perdaganga­n Bebas (FTZ) bagi membantu kira- kira 300,000 perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di negara ini.

Presidenny­a, Datuk S. Gopinath, berkata kemudahan sedemikian dapat menyediaka­n PKS dengan infrastruk­tur yang diperlukan bagi perdaganga­n global dan membolehka­n mereka ‘ membeli dan menjual di peringkat global’ tanpa banyak sekatan.

“Zon Perdaganga­n Bebas bagi PKS akan membolehka­n negara terus menerima manfaat daripada trend glo- balisasi.

“Sebagai permulaan, kerajaan boleh mempertimb­angkan memperuntu­kkan sebidang tanah di kawasan yang terdapat kelebihan dari segi geografi untuk perdaganga­n,” katanya kepada Bernama dalam satu temu bual eksklusif di sini kelmarin.

Gopinath berkata hampir 97 peratus daripada perniagaan Malaysia pada masa ini adalah sama ada PKS atau perusahaan mikro dan ia secara kolektif menyumbang lebih 30 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar.

Beliau berkata demikian semasa ditanya mengenai senarai permintaan 1MINE bagi Bajet 2018 yang akan dibentangk­an di Parlimen bulan depan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia