Utusan Borneo (Sarawak)

PKS perlu lebih sokongan daripada k’jaan: MIMCOIN

-

KUALA LUMPUR: Dewan Perniagaan dan Perindustr­ian India Muslim Malaysia (MIMCOIN) berharap kerajaan dapat memberi lebih banyak sokongan kepada perusahaan kecil dan sederhana ( PKS) dalam menghadapi persekitar­an perniagaan yang mencabar.

Presidenny­a, Datuk Jamarul Khan MS Kadir meminta kerajaan mewujudkan insentif baharu seperti pelepasan cukai pendapatan dan pengecuali­an cukai yang lebih lagi dengan tujuan merangsang pertumbuha­n PKS.

“Kestabilan adalah inti pati untuk pembanguna­n perniagaan, tetapi tanpa insentif, usahawan muda tidak akan mendapat motivasi untuk meningkatk­an perniagaan mereka kerana pengeluara­n dan kos overhead yang tinggi.

“Mereka juga tidak akan dapat mengembang­kan perniagaan mereka kerana margin semakin kecil,” katanya ke- pada Bernama semasa ditemui pada majlis Anugerah Dinar Emas Kedua MIMCOIN 2017 di sini, kelmarin.

Jamarul Khan berkata anugerah itu memberi inspirasi dan menggalakk­an peneraju perniagaan di negara ini dan bertindak sebagai platform rangkaian, menghubung­kan usahawan, termasuk generasi lama dan baharu.

Pada majlis tersebut, 35 pemilik perniagaan yang berjaya diberi penghormat­an di atas pencapaian mereka.

“Selain anugerah dan Kongres PKS, yang diadakan semalam, turut diadakan pameran perdaganga­n, yang mempamerka­n beberapa produk dan perkhidmat­an kepada pelawat, dan masuk adalah percuma,” katanya.

MIMCOIN, pertubuhan bukan keuntungan, ditubuhkan pada 2012 sebagai platform perangkaia­n bagi komuniti perniagaan Muslim India Malaysia. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia