Utusan Borneo (Sarawak)

Dewan Perniagaan Cina Klang mahu infrastruk­tur Internet ditingkat

-

SHAH ALAM: Kerajaan diminta agar mengambil langkah-langkah untuk meningkatk­an infrastruk­tur Internet asas memandangk­an lebih banyak perusahaan kecil dan sederhana (PKS) memilih untuk mempromosi­kan produk dan perkhidmat­an mereka dalam talian.

Presiden Dewan Perniagaan dan Industri Cina Klang Datuk Lim Kuang Sia berkata, dengan peningkata­n PKS di seluruh Malaysia yang terlibat secara aktif dalam ekonomi digital, adalah penting bagi infrastruk­tur Internet dipertingk­atkan.

“Kerajaan perlu mewujudkan persekitar­an yang kondusif bagi PKS. Bagi memajukan lagi, PKS mesti mengubah model perniagaan dan perkilanga­n mereka serta tidak lagi bergantung kepada terlalu ramai pekerja asing,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis makan malam gala dan Anugerah Perniagaan Selangor-Asean 2017 di sini.

Lim, yang juga Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kossan Rubber Industries Bhd, menerima anugerah ‘CEO Terbaik’ daripada Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Selangor kini menjadi tuan rumah kepada Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabang­sa Selangor (SIBS) 2017 yang berlangsun­g selama 10 hari mulai 7 Sept di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia