Utusan Borneo (Sarawak)

Jenayah perang Argentina, enam kena seumur hidup

-

BUENOS AIRES: Enam rakyat Argentina dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup kelmarin setelah disabitkan kerana melakukan jenayah antikemanu­siaan semasa pemerintah­an tentera sayap kanan pada 1976 hingga 1983.

Sepanjang tempoh itu, Argentina mengalami salah satu pemerintah­an diktator paling kejam di Amerika Latin, yang melihat 30,000 diculik, menurut pertubuhan hak asasi manusia.

Hakim di mahkamah persekutua­n Tucuman di utara Argentina memenjarak­an 10 daripada 17 yang dituduh terlibat dalam ‘ Operasi Kebebasan’ manakala tiga lagi tertuduh yang sepatutnya dibicaraka­n telah mati.

Semasa rejim, kira- kira 500 kanak-kanak dirampas daripada keluarga mereka, menurut kumpulan hak asasi manusia Grandmothe­rs de Plaza de Mayo, yang terus mencari kanak-kanak yang hilang itu.

Dalam kalangan anggota keluarga mangsa tersebut yang berada di mahkamah semasa hukuman dijatuhkan adalah wanita yang mengandung ketika rejim bermula dan tidak menemui anak mereka hingga ke hari ini.

Sementara itu, ratusan aktivis dan anggota keluarga telah melakukan bantahan di luar mahkamah, melaungkan tuntutan untuk hukuman penjara bagi setiap pelaku genosid yang berada di jalanan Argentina. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia