Utusan Borneo (Sarawak)

Lelaki serang dua wanita dengan tukul di Perancis

-

DIJON: Seorang lelaki menyerang dua orang wanita dengan sebatang tukul di sebuah pekan di tengah Perancis kelmarin sambil melaungkan “Allahu Akbar” (Allah Maha Besar) sebelum melarikan diri dari tempat kejadian, menurut pendakwa raya tempatan.

P e n d a k w a r a y a antikegana­san mengikuti kes tersebut walaupun belum menerimany­a secara rasmi, menurut pendakwa raya Chalon-sur-Saone, Damien Savarzeix.

Seorang sumber rapat dengan siasatan menyatakan sebelum itu bahawa penyerang telah dikatakan mempunyai masalah psikologi.

Salah seorang wanita tersebut, dipukul di bahagian belakang kepala dan memerlukan empat jahitan, menurut pendakwa raya dan polis dalam satu kenyataan bersama.

Dua serangan berlaku dalam masa beberapa minit setiap satu, menurut kenyataan.

Helikopter polis turut menyertai kira- kira 50 anggota dalam pemburuan suspek. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia