Utusan Borneo (Sarawak)

Bangladesh berang Myanmar ancam kedaulatan

-

DHAKA: Perdana Menteri Bangladesh Sheikh Hasina dalam perjalanan untuk menghadiri Persidanga­n Agung PBB semalam untuk merayu bantuan global dalam menangani krisis Rohingya setelah kerajaanny­a memanggil duta Myanmar buat kali ketiga bagi menyatakan protes terhadap tindakan jirannya itu.

Pejabat beliau menyatakan Hasina akan menuntut lebih tekanan ke atas Myanmar semasa rundingan di New York, Amerika Syarikat (AS).

Keadaan semakin teruk sejak keganasan meletus di negeri Rakhine pada 25 Ogos, di mana kemasukan baharu menjejaska­n bandar sempadan Cox’s Bazar yang sudahpun menerima 300,000 pelarian daripada gelombang terdahulu.

“Sheikh Hasina akan membangkit­kan isu Rohingya semasa berucap pada Persidanga­n Agung PBB, menuntut keganasan dihentikan segera di negeri Rakhine di Myanmar dan meminta Setiausah Agung PBB menghantar misi mencari fakta ke Rakhine.

“Beliau juga akan menyeru komuniti antarabang­sa dan PBB untuk menekan Myanmar bagi kepulangan semua pelarian Rohingya ke tempat asal mereka di Myanmar,” menurut jurucakap Nazrul Islam.

Menteri Luar A. H. Mahmood Ali terdahulu memberitah­u wartawan bahawa negaranya kini mengalami krisis ekoran kebanjiran pelarian sejak tiga minggu lalu.

“Kami akan meneruskan tekanan antarabang­sa ke atas kerajaan Myanmar untuk segera menamatkan kempen pembersiha­n etnik Rohingya,” tambahnya.

Kementeria­n beliau kelmarin memanggil duta Myanmar di Dhaka untuk memprotes penceroboh­an ruang udaranya oleh dron dan helikopter Myanmar.

Kementeria­n memberi amaran tiga penceroboh­an antara 10 hingga 14 September boleh menjurus kepada kesan yang tidak diingini.

Kerajaan turut memprotes penyebaran periuk api dekat sempadan mereka yang telah menyebabka­n ramai penduduk Rohingya maut dan cedera, serta layanan mereka terhadap pelarian.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan agensi kanak-kanak PBB (UNICEF) semalam melancarka­n kempen vaksinasi rubella, polio dan demam campak di mana mereka percaya 60 peratus ketibaan baharu adalah kanak-kanak.

“Keperluan mereka tidak berkesudah­andanpende­ritaan mereka semakin teruk,” kata jurucakap UNICEF Marixie Mercado.

Nur Khan Liton, aktivis hak asasi manusia Bangladesh yang disegani yang turut menangani pelarian di Cox’s Bazar berkata: “Para pelarian masih berduyun-duyun tiba tetapi tiada cubaan untuk menyelaras pengurusan bantuan.”

“Langsung tiada kerjasama antara kerajaan dan agensi, dan ramai telah menjadi mangsa rompakan dan ugutan.”

“Kes cirit- birit telah dilaporkan, di mana saya mendengar seorang budak lelaki Rohingya telah mati akibat cirit-birit.

“Pihak berkuasa mesti bertindak segera sebelum ia menjadi wabak<” tegas beliau.

Kerajaan mengerahka­n tentera menghantar bantuan asing dari lapangan terbang ke Cox’s Bazar, selain merancang membina 14,000 pusat perlindung­an yang memadai untuk 400,000 pelarian di mana setiap satu boleh menempatka­n enam keluarga.

Hasina telah mengarahka­n pusat perlindung­an itu dibina dalam tempoh 10 hari, menurut setiausaha pengurusan bencana Bangladesh Shah Kama.

Pihak berkuasa juga mengerahka­n anggota polis tambahan ke Cox’s Bazar untuk melindungi tokong Buddha sekiranya berlaku serangan daripada kelompok radikal setelah penunjuk perasaan Islamis menuntut tindakan ketenteraa­n ke atas Myanmar semasa rapat umum di Dhaka kelmarin. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? SENGSARA: Asap tebal berkepul dari bahagian sempadan Myanmar ketika pelarian Rohingya turun dari bot setelah merentasi sempadan melalui Teluk Bengal di Shah Porir Dwip, Bangladesh kelmarin.
— Gambar Reuters SENGSARA: Asap tebal berkepul dari bahagian sempadan Myanmar ketika pelarian Rohingya turun dari bot setelah merentasi sempadan melalui Teluk Bengal di Shah Porir Dwip, Bangladesh kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia