Utusan Borneo (Sarawak)

Gadis hilang ditemui maut

-

KOTA MEXICO: Pihak berkuasa Mexico kelmarin menyatakan mereka telah menemui mayat seorang gadis yang dilaporkan hilang selepas menggunaka­n khidmat t umpangan kenderaan Cabify, dan telah menahan pemandu yang disyaki membunuhny­a.

Pihak pendakwa raya negeri di wilayah tengah Puebla menyatakan mayat Mara Fernanda Castilla, 19, ditemui berhampira­n sebuah motel di bandar utama negeri yang turut dikenali sebagai Puebla.

Pendakwa raya menyatakan mereka percaya pemandu terbabit yang hanya dikenali sebagai Ricardo N., telah membunuh mangsa di motel selepasman­gsamenaiki­sebuah kereta melalui perkhidmat­an tersebut seminggu lepas.

Mereka akan mendakwa lelaki itu bagi pembunuhan Castilla ketika gabenor negeri Tony Gali menyatakan dalam Twitter bahawa suspek pembunuhan itu telah ditahan.

Jurucakap Cabify, sebuah syarikat yang berpusat di Madrid, Sepanyol yang bersaing dengan Uber bagi perniagaan tumpangan kereta, menolak untuk memberikan komen mengenai kes tersebut namun menyampaik­an rasa simpati atas kematian Castilla.

Terdapat beberapa laporan lain mengenai jenayah kejam melibatkan khidmat tumpangan kereta di Mexico.

Tahun lepas seorang pemandu Uber ditahan kerana disyaki merogol seorang penumpang. — Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia