Utusan Borneo (Sarawak)

Talim bawa hujan lebat ke Jepun

-

Bahagian barat daya Jepun semalam mengalami hujan lebat dan angin kuat ketika Taufan Talim bergerak menghampir­i pulau- pulau utama di negara itu, setelah memaksa pemindahan lebih 200,000 di China awal minggu ini.

Agensi Meteorolog­i Jepun mengeluark­an amaran hujan lebat paling kuat di pulau utama paling selatan Kyushu, yang dilanda banjir pada Julai.

Pihak berkuasa tempatan di pulau itu mengarahka­n penduduk berpindah, manakala penerbanga­n dibatalkan, lapor NHK.

Di lapangan terbang Miyazaki di Kyushu, hujan lebih lebat dialami sepanjang 48 jam lepas berbanding purata sepanjang September, menurut pihak penyiaran.

Di pulau terkecil daripada empat pulau utama Shikoku di mana penurunan hujan sebanyak 300 milimeter diramalkan, beberapa patung dialihkan dari tapaknya bagi simpanan, menurut NHK.

Talim, perkataan Tagalog bermakna ‘ Canggih’, mungkin melanda Kyushu awal hari ini dan kemudian mara ke timur laut, membasahi kawasan luas di gugusan pulau termasuk bandar utama Tokyo dengan hujan lebat.

Taufan bagaimanap­un mulai lemah menjadi ribut tropika, menurut laman sesawang Tropical Storm Risk. — Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia