Utusan Borneo (Sarawak)

Pusat tahfiz tanpa CCC di Tawau ditutup sementara

Tempoh penutupan itu akan ditentukan pihak bomba

-

TAWAU: Pusat tahfiz di daerah ini yang tidak mempunyai Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC) serta berisiko kebakaran akan ditutup sementara, kata Presiden Majlis Perbandara­n Tawau (MPT) Alijus Sipi.

Katanya tempoh penutupan itu akan ditentukan pihak bomba dan bertujuan memastikan aspek keselamata­n bangunan dipatuhi.

MPT dan bomba akan terlebih dahulu mengenal pasti bilang pusat tahfiz, sekolah pondok dan premis berkaitan di sini sebelum menjalanka­n pemeriksaa­n keselamata­n, katanya kepada Bernama, semalam.

Katanya jika ada pengusaha tidak mematuhi syarat-syarat kelayakan menduduki yang ditetapkan, pihaknya akan memanggil serta menasihati pengusaha terbabit agar mengambil langkah-langkah perlu.

“Tetapi sekiranya bangunan itu tidak mematuhi syarat serta berisiko terhadap kebakaran, dan bomba tidak cara lain maka pusat itu akan ditutup sementara sehingga syarat menduduki bangunan itu dipatuhi kerana ini untuk kebaikan semua pihak,” katanya.

Alijus berkata antara spesifikas­i yang perlu ada ialah dua tangga dengan satu daripadany­a untuk digunakan sewaktu kecemasan selain bangunan dibina kira-kira 20 meter dari bangunan lain bagi memudahkan pembendung­an kebakaran.

“Bagi pusat tahfiz yang dibina di taman-taman peru- mahan itu tidak ada masalah cuma pengusaha tahfiz itu perlu memastikan rumah itu mengikut spesifikas­i selamat ditetapkan bomba, kalau ada satu sahaja tangga, wajib bina satu lagi tangga,” katanya.

Khamis lalu 21 pelajar dan dua warden maut dalam kebakaran Pusat Tahfiz Darul Ittifaqiya­h di Kuala Lumpur. Dilaporkan bangunan tiga tingkat itu belum mendapat CCC selain terdapat perubahan pada bangunan berbanding pelan asal. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BERMULA: Zukri (empat kiri) melakukan ‘flag off’ pada Majlis Pelepasan NPC-Perak ‘World Of Wonders’ Treasure Hunt 2017 Pulau Pangkor di Wisma Bernama semalam.
— Gambar Bernama BERMULA: Zukri (empat kiri) melakukan ‘flag off’ pada Majlis Pelepasan NPC-Perak ‘World Of Wonders’ Treasure Hunt 2017 Pulau Pangkor di Wisma Bernama semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia