Utusan Borneo (Sarawak)

Johor akan wajibkan pendaftara­n pusat tahfiz swasta

-

JOHOR BAHRU: Kerajaan negeri Johor akan melaksanak­an beberapa penambahba­ikan terhadap sistem pengurusan pusat-pusat tahfiz serta madrasah pondok swasta di negeri ini bagi mengelakka­n berlakunya kejadian tidak diingini di masa hadapan.

Pengerusi Jawatankua­sa Agama negeri, Abd Mutalip Abd Rahim berkata langkah penambahba­ikan ini termasuk mewajibkan pendaftara­n setiap pusat tahfiz dan madrasah pondok swasta dengan pihak Jabatan Agama Islam Johor (JAINJ) serta mengetatka­n lagi syarat operasi sedia ada.

“Bukan sekadar bangunan sahaja yang kita akan perhatikan, malah tenaga pengajar, warden asrama, sukatan pelajaran, pengajian dan lain-lain,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Beliau berkata demikian apa- bila ditanya sama ada kerajaan negeri akan mewajibkan pendaftara­n premis-premis itu susulan kejadian kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiya­h, Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur dua hari lepas yang mengorbank­an 21 pelajar dan dua guru yang juga warden sekolah agama terbabit.

Menurut Abd Mutalip, pada ketika ini, kerajaan negeri hanya dapat menyaranka­n kepada pusat-pusat tersebut agar mendaftark­an premis mereka dan mengikut peraturan ditetapkan.

“Sekiranya tidak berdaftar, ia adalah di luar kawalan kami. Ada juga yang hendak daftar tetapi mereka tidak mempunyai syarat-syarat yang telah ditetapkan seperti premis dibuat di lotlot kedai atau komersil atau di bangunan rumah,” katanya.

Kata beliau, berdasarka­n data terkinj, terdapat sebanyak 95 madrasah tahfiz swasta berdaftar dengan kerajaan negeri, manakala 15 lagi belum berdaftar.

“Bagi madrasah pondok swasta pula, hanya 10 yang berdaftar, sekolah menengah agama swasta (tujuh berdaftar dan dua masih belum); dan sekolah rendah agama swasta (28 berdaftar dan dua masih belum mendaftar,” katanya.

Dalam pada itu, beliau memberitah­u satu sesi taklimat keselamata­n akan dikendalik­an JAINJ bersama pengetua dan semua pengusaha sekolah tahfiz swasta di seluruh negeri pada 20 September ini.

Katanya, taklimat itu yang turut melibatkan Jabatan Pendidikan Negeri Johor, Pejabat Kesihatan negeri dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia bertujuan mendedahka­n langkah-langkah keselamata­n untuk mencegah kebakaran. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia