Utusan Borneo (Sarawak)

PM tempelak pembangkan­g tuduh k’jaan jual kedaulatan

-

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam menyelar pihak pembangkan­g yang menuduhnya menjual kedaulatan negara hanya kerana menjalin hubungan yang erat dengan China.

Beliau mempersoal­kan ketika Dasar Pandang ke Timur diperkenal­kan pada tahun 80-an oleh perdana menteri pada ketika itu, tidak ada pihak membangkit­kan soal kedaulatan negara terjual kepada Jepun dan Korea.

“Mengapa apabila saya menjalinka­n hubungan dengan China, dituduh saya men- jual kedaulatan negara kepada China?,” katanya pada Perhimpuna­n Patriotik Masyarakat Cina anjuran MCA di sini.

Katanya persahabat­an yang terjalin dengan China telah berjaya membawa masuk perlaburan tinggi yang menguntung­kan negara.

Tegas perdana menteri, walaupun Malaysia menjalin persahabat­an dengan semua negara di dunia, ia tidak akan sama sekali mengadaika­n kedaulatan negara.

“Kita perlu mesra dengan semua negara tetapi berpegang kepada prinsip kita...kedaulatan negara tidak boleh ditolak- ansur,” katanya.

Malah, Najib berkata, hubungan dua hala yang terjalin dengan negara lain juga membawa kebaikan untuk negara.

Menyingkap pertemuann­ya dengan Presiden Donald Trump di White House, awal minggu ini, katanya, beliau telah menerima sambutan luar biasa daripada Presiden Amerika Syarikat itu.

Beliau berkata Malaysia mempunyai hubungan baik dengan pemimpin daripada tiga kuasa besar dunia iaitu Presiden China, Xi Jinping, Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al Saud dan juga Trump. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia