Utusan Borneo (Sarawak)

PM ucap selamat maju jaya kontinjen Para ASEAN KL2017

-

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapka­n selamat maju jaya kepada kontinjen kebangsaan yang akan bertanding pada Sukan Para ASEAN Kuala Lumpur 2017 di sini.

Beliau mahu para atlet membuktika­n bahawa mereka adalah luar biasa pada edisi kesembilan temasya itu, yang akan membuka tirainya hari ini.

“Kepada skuad #Sukan- ParaAsean # KL2017 Malaysia, selamat maju jaya dan buktikan bahawa anda semua luar biasa ! #Negaraku #Kebanggaan­ku,” katanya melalui laman Facebook dan Twitter, semalam. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia