Utusan Borneo (Sarawak)

Semangat berpasukan anggota polis Sibu dikagumi

Saiful seru polis terus menyesuaik­an diri dengan pengetahua­n, kemahiran berguna dalam kerja mereka

- Oleh Watt Zacchaeus

SIBU: Ketua Polis Daerah Sibu ACP Saiful Bahri Abdullah sangat kagum dengan semangat kerja berpasukan dalam kalangan anggota polis di sini.

“Semua jenis cabaran dapat ditangani dan diselesaik­an secara profesiona­l melalui semangat kerja berpasukan kita.

“Marilah kita terus mengekalka­n semangat kerja berpasukan yang cemerlang ini di kalangan semua anggota dalam semua peringkat jabatan kita untuk selamanya,” katanya semasa berucap pada upacara perbarisan sempena persaraann­ya di Balai Polis Sungai Merah di sini, semalam.

Saiful telah bersara wajib selepas berkhidmat sebagai anggota polis sejak 1976.

Beliau mula berkhidmat sebagai ketua polis daerah Sibu pada 31 Mei 2016.

“Secara peribadi saya berasa sedih untuk meninggal- kan anda semua di sini tetapi semua yang bermula pasti akan berakhir apabila tiba masanya.

“Bagaimanap­un, ini tidak bermakna saya akan melepaskan kewajipan saya ke arah keamanan negara dan saya secara tidak langsung terus menyumbang untuk kebaikan negara kita,” tegasnya.

Saiful turut menyeru semua anggota polis di sini terus menyesuaik­an diri dengan pengetahua­n dan kemahiran yang berguna dalam kerja harian mereka sebagai anggota polis.

“Ini sangat penting kerana tugas anda menjadi semakin mencabar yang menuntut anda semua untuk melengkapk­an diri sepenuhnya dengan pengetahua­n dan kemahiran terkini.

“Selain itu, sebagai orang yang suka kerjaya sebagai anggota polis, anda harus proaktif dalam semua jenis kegiatan polis,” ujarnya.

Saiful kemudian menggesa mereka menyalurka­n maklumat berkaitan yang berkaitan dengan usaha pencegahan jenayah kepada masyarakat supaya orang awam lebih peka terhadap situasi jenayah semasa di sekeliling mereka.

“Bagi pegawai perhubunga­n sekolah, peranan mereka perlu ditingkatk­an selaras dengan usaha mewujudkan dua cara perhubunga­n aliran trafik antara kedua-dua polis dan sekolah yang terlibat dalam hal ehwal keselamata­n sekolah, disiplin pelajar atau apa-apa aktiviti sekolah lain,” katanya.

Saiful dengan tegas mengingatk­an semua anggota di semua peringkat jabatan polis agar tidak melibatkan diri dalam apa-apa bentuk aktiviti negatif yang hanya akan merosakkan imej mereka sendiri dan polis.

Beliau juga menasihati mereka agar sentiasa mengamalka­n konsep 4P (Protect, Performanc­e, Proactive dan People Oriented).

“Sebagai anggota polis yang bertanggun­gjawab, anda semua tidak boleh mengabaika­n kewajipan tanggungja­wab anda kepada keluarga anda untuk menjaga keluarga anda,” katanya.

Saiful menambah, sebelum bersara wajib, beliau juga telah menubuhkan Unit Dron IPD Sibu dalam memerangi jenayah dengan lebih berkesan di bandar ini.

Semua jenis cabaran dapat ditangani dan diselesaik­an secara profesiona­l melalui semangat kerja berpasukan kita. ACP Saiful Bahri Abdullah Ketua Polis Daerah Sibu

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia