Utusan Borneo (Sarawak)

Zailanni Amit dilantik KPD Sibu baharu

-

SIBU: Majlis serah terima tugas Ketua Polis Daerah (KPD) Sibu telah diadakan di Dewan Wisma Pengaman Ibu Pejabat Polis Daerah Sibu petang semalam dengan pelantikan rasmi Pemangku Asisten Komisioner Polis (ACP) Zailanni Amit sebagai KPD Sibu baharu bagi mengambil alih tugas ACP Saiful Bahri Abdullah.

Majlis disaksikan Pesuruhjay­a Polis Sarawak Datuk Amer Awal.

Zailanni, 43, yang berasal dari Kampung Stutong, Kuching sebelum ini merupakan KPD Bintulu selama satu tahun 10 bulan, memulakan tugasnya berkuat kuasa jam 12.01 malam tadi.

Beliau mula bertugas dalam PDRM sejak 1996 sebagai pegawai penyiasat jenayah di Pulau Pinang selama lapan tahun dan pernah berkhidmat di IPK Pahang, Pulau Pinang, Bukit Aman sebelum menjadi KPD Bintulu.

Mempunyai tiga cahaya mata dan isterinya, Hasmizam Abdul Hamid juga dilantik sebagai pengerusi PERKEP IPD Sibu baharu menggan- tikan Sabariah Ibrahim.

Upacara menandatan­gani nota serah terima tugas jawatan pengerusi PERKEP turut disaksikan Pengerusi PERKEP Sarawak Datin Mastura Abdul Hamid.

Pada majlis sama Amer turut menyampaik­an Sijil Penghargaa­n di mana Ketua Bahagian Jabatan Siasatan Jenayah Sibu DSP Yeoh Chun Shyan mendahului senarai penerima.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Timbalan Pesuruhjay­a Polis Sarawak Datuk Pahlawan Mohd Dzuraidi Ibrahim serta isteri Naib Pengerusi PERKEP Sarawak, Datin Nuraidi Abu Kassim, Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamata­n Komuniti SAC Shafie Ismail dan Timbalan KPD Sibu Superinten­den Martin Koo.

 ??  ?? KETUA BAHARU: Zailanni (kanan) dilantik sebagai KPD Sibu menggantik­an Saiful sambil disaksikan Amer.
KETUA BAHARU: Zailanni (kanan) dilantik sebagai KPD Sibu menggantik­an Saiful sambil disaksikan Amer.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia