Utusan Borneo (Sarawak)

Nancy berpuas hati dengan projek RMKS Batang Sadong

-

SIMUNJAN: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nancy Shukri berpuas hati dengan perkembang­an projek Rancangan Memulihkan Koridor Sungai (RMKS) Batang Sadong di pekan Simunjan.

Beliau yang melakukan tinjauan di tapak projek itu kelmarin ditemani Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simunjan Awla Dris serta pihak Jabatan Pengairan dan Saliran Sarawak (JPS).

“Saya berpuas hati dengan perkembang­an pembinaan projek ini dan berharap ia dapat disiapkan mengikut jadual iaitu pada Mei tahun depan.

“Ini kerana hakisan sungai sering berlakudik­awasanitud­anbolehmen­jejaskan kerja-kerja pembinaan.

“Malah, banyak rumah di sekitar kawasan berkenaan telah musnah akibat hakisan sungai yang teruk,” katanya.

Nancy yang juga Ahli Parlimen Batang Sadong berkata, pihaknya telah meminta kementeria­n dan agensi kerajaan yang terlibat terutama untuk membantu dalam mempercepa­tkan apa jua keperluan penduduk di situ.

Jelasnya, Projek Rancangan Memulihkan Koridor Sungai (RMKS) Batang Sadong di pekan Simunjan di bawah Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK11) dengan siling yang diluluskan sebanyak RM15.5 juta.

“Kerja-kerja pembinaan bermula secara rasmi pada 22 September 2016 untuk disiapkan dalam tempoh 20 bulan iaitu pada 21 Mei 2018 dengan nilai tender sebanyak RM13.831 juta.

“Skop Projek Rancangan Memulihkan Koridor Sungai (RMKS) Batang Sadong di pekan Simunjan, bahagian Samarahan ini bagi perlindung­an tebing kanan sepanjang 560 meter,” jelasnya.

Menurutnya, ia merangkumi kerja penanaman cerucuk kepingan keluli, pemasangan ‘ geotextile’ di bahagian tebing aras, pemasangan lapisan timbunan ‘armour rock’ dengan ketebalan minimum 1.4 meter di bahagian tebing bawah dan ‘toe protection’ di dasar sungai, ‘earth filling’ dan pembinaan sistem saliran.

“Projek ini dijangka dapat mengatasi masalah hakisan tebing sungai yang mengancam harta benda awam di pekan Simunjan dalam jangka panjang.

“Di samping itu, ia turut menyediaka­n tempat riadah bagi penduduk setempat dengan kemudahan laluan pejalan kaki (walkway) yang disediakan dalam projek ini,” ujarnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia