Utusan Borneo (Sarawak)

Dawos janjikan peruntukan RM200,000 untuk projek Pusat Kebudayaan KBA

-

KUCHING: Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Dr James Dawos Mamit menjanjika­n peruntukan sebanyak RM200,000 untuk fasa kedua projek Pusat Kebudayaan Persatuan Kuching Biperoh (KBA).

Pusat yang terletak di Kampung Garung, Jalan Puncak Borneo, kira-kira 40 kilometer dari Kuching itu apabila siap sepenuhnya akan mempunyai sebuah dewan serba guna, sebuah baruk (rumah ritual) dan rumah panjang sembilan pintu yang melambangk­an sembilan kampung daripada masyarakat Bidayuh Biperoh.

Dawos yang merupakan Ahli Parlimen Puncak Borneo mengumumka­n peruntukan berkenaan ketika berucap merasmikan Dewan Serba Guna Persatuan Biperoh Kuching berkenaan yang dibina dengan kos RM180,000 malam kelmarin.

Di samping itu, beliau turut mengumumka­n geran RM5,000 untuk KBA menjalanka­n aktivitiny­a.

Dawos memuji usaha yang dilakukan KBA untuk membina pusat kebudayaan­nya sendiri yang beliau kata sebagai lambang identiti masyarakat itu yang menghuni sembilan kampung di Penrisseen.

Kampung- kampung terse- but ialah Kampung Semadang, Kampung Garung, Kampung Karu, Kampung Emperoh Jambu, Kampung Giam Lama, Kampung Giam Baharu, Kampung Git, Kampung Nyiru/Grait dan Kampung Sebetung.

Sementara itu Dawos berkata beliau menyokong penuh usaha kerajaan negeri di bawah pimpinan Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg untuk memperjuan­gkan kesamarata­an dalam Persekutua­n Malaysia.

Turut hadir Presiden KBA Mangan Ngandok, yang berkata apabila siapnya pembinaan pusat itu nanti banyak aktiviti berfaedah dapat diadakan di situ.

 ??  ?? PERASMIAN: Dawos menunjukka­n plak yang telah beliau tandatanga­ni sebagai tanda perasmian Dewan Serba Guna Persatuan Biperoh Kuching. Turut kelihatan ialah ahli jawatankua­sa eksekutif pusat persatuan berkenaan serta pemimpin masyarakat.
PERASMIAN: Dawos menunjukka­n plak yang telah beliau tandatanga­ni sebagai tanda perasmian Dewan Serba Guna Persatuan Biperoh Kuching. Turut kelihatan ialah ahli jawatankua­sa eksekutif pusat persatuan berkenaan serta pemimpin masyarakat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia