Utusan Borneo (Sarawak)

Warga asing dihadap ke mahkamah atas tuduhan guna dadah berbahaya

-

MIRI: Seorang lelaki warga asing dihadapkan ke Mahkamah Majistret Jumaat lalu atas tuduhan menggunaka­n dadah berbahaya jenis Methamphet­amine.

Sidik Prihanta dari Sleman Yogjakarta, Indonesia telah didakwa mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 (Akta 234) dan dihukum di bawah Seksyen 15 akta yang sama.

Jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM5,000 atau penjara dua tahun dan dikehendak­i sertamerta menjalani pengawasan selama tempoh tidak kurang daripada dua tahun dan tidak melebihi tiga tahun mengikut Seksyen 38B ADB 1952.

Berdasarka­n pertuduhan kes, tertuduh dituduh menggunaka­n dadah berbahaya jenis Methamphet­amine yang disenarai dalam Jadual Pertama ADB 1952 (Akta 234), dengan cara memasukkan dadah tersebut ke dalam tubuh sendiri tanpa kebenaran pihak berkuasa.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 1.05 petang, 13 September lalu di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Miri.

Terdahulu, pegawai pendakwa Inspektor Mohd Khairi Mohd Noor memohon ditetapkan satu tarikh baharu untuk sebutan lanjut kes memandangk­an laporan kimia berhubung barang kes masih belum siap.

Majistret Zuraini Ali Musa membenarka­n permohonan itu dan menetapkan 10 Oktober depan untuk sebutan lanjut kes.

Manakala tertuduh diperintah­kan supaya ditahan lanjut sementara menunggu tarikh tersebut.

 ??  ?? TERIMA KASIH: Tan (empat kiri) menerima cenderamat­a daripada Ali (tiga kanan) sambil disaksikan tetamu kehormat lain.
TERIMA KASIH: Tan (empat kiri) menerima cenderamat­a daripada Ali (tiga kanan) sambil disaksikan tetamu kehormat lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia