Utusan Borneo (Sarawak)

Oktober dijadikan Bulan Motosikal Berkuasa Tinggi

-

KUCHING: Oktober dijadikan Bulan Motosikal Berkuasa Tinggi dengan pelbagai aktiviti akan dianjurkan untuk peminat serta pemilik jentera itu dari dalam dan luar negeri ini.

Menurut jurucakap aktiviti berkenaan Sylvia John, Minggu ‘ Kuching Bikers’ akan diadakan pada minggu pertama Oktober disusuli ‘Road To Pontianak’ pada 22 Oktober.

Bulan Motosikal Berkuasa Tinggi diakhiri dengan majlis makan malam khas didedikasi­kan kepada penunggang motosikal berkuasa tinggi di negeri ini pada 28 Oktober 2017.

Beliau menambah, majlis makan malam itu akan diadakan di Pusat REDEEM Kampung Apar, Singai dan dirasmikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tasik Biru Datuk Harry Henry Jinep.

“Beliau sangat berminat dengan motosikal berkuasa tinggi dan banyak memberi sokongan kepada semua aktiviti berkaitan yang dianjurkan.

“Semua penunggang motosikal berkuasa tinggi dari Jakarta, Pontianak, Sabah, Brunei, Semenanjun­g Malaysia dan Sarawak dipelawa menyertai majlis makan mala mini yang membawa tema ‘Get-To Know’,” katanya.

Tambahnya, majlis makan malam itu menyediaka­n platform kepada penunggang motosikal berkuasa tinggi yang rata-ratanya merupakan ahli perniagaan berjaya berkumpul serta mengenali antara satu sama lain dengan lebih dekat.

Ujarnya, majlis makan malam itu turut dibuka penyertaan­nya kepada orang ramai terutama mereka yang minat menunggang motosikal dan menggemari muzik ‘Country and Rock & roll.

“Jika Putera Brunei menyertai majlis ini, maka akan ada protokol. Baginda amat menggemari motosikal berkuasa tinggi dan memiliki kelab motosikal berkuasa tinggi di Brunei,” katanya.

Pada malam itu juga menyaksika­n Ratu Bikers akan dipilih daripada 10 penunggang motosikal berkuasa tinggi.

Tiket makan malam dijual pada harga RM1,000, RM700 dan RM550.

Mereka yang berminat boleh menghubung­i Sylvia (+6014595391­3), Pak Duta (+6013804417­8) dan Francis (+6016845157­9) untuk mendapatka­n tiket makan malam atau keterangan lanjut mengenai program-program bakal diadakan.

 ??  ?? SERTAI KAMI: Sylvia (berdiri, lima kiri) bersama orang penting di sebalik penganjura­n Bulan Motosikal Berkuasa Tinggi.
SERTAI KAMI: Sylvia (berdiri, lima kiri) bersama orang penting di sebalik penganjura­n Bulan Motosikal Berkuasa Tinggi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia