Utusan Borneo (Sarawak)

Pengundi Stampin rugi besar mengundi DAP

Pengundi Stampin harus sedar bahawa mereka tidak terima apa-apa manfaat selama lima tahun di bawah Julian Tan

- Oleh Nick Fletcher

KUCHING: Pengundi di Parlimen Stampin harus sedar bahawa mereka tidak menerima apa-apa manfaat selama tempoh lima tahun ini di bawah wakil rakyat mereka, Julian Tan daripada Parti Tindakan Demokratik (DAP).

Setiausaha Politik Ketua Menteri Tan Kai berkata Ahli Parlimen Stampin daripada pembangkan­g itu bukan sahaja tidak turun padang malah langsung tidak memberi apa-apa pembanguna­n kepada kawasan termasuk membantu penduduk menjalanka­n program.

“Apabila ditanya, ramai penduduk di Stampin menyatakan tidak pernah jumpa dan tidak kenal dengan Ahli Parlimen mereka.

“Beliau juga tidak memberi apa-apa pembanguna­n kepada kawasan,” katanya ketika mewakili Menteri Kerajaan Tempatan Datuk Dr Sim Kui Hian pada Majlis Jalinan Kasih anjuran Jabatan Penerangan di sini, semalam.

Turut hadir Timbalan Pengarah Jabatan Penerangan Sarawak Ali Suhaili, pesarapesa­ra jabatan serta ketuaketua kaum.

Menurut Tan Kai, jika penduduk di Stampin terus menyokong pembangkan­g pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) nanti, konstituen­si itu dibimbangi akan ketinggala­n khususnya dari segi pembanguna­n.

“Rakyat di Stampin jangan ketinggala­n, mereka juga membayar GST dan cukai pendapatan... sebab itu, mereka mesti menikmati pembanguna­n,” katanya.

Justeru, beliau menyeru pengundi di Stampin kembali menyokong Barisan Nasional (BN) pada PRU nanti agar dapat menikmati pembanguna­n, kebajikan serta kemudahan yang disediakan kerajaan.

Apabila ditanya, ramai penduduk di Stampin menyatakan tidak pernah jumpa dan tidak kenal dengan Ahli Parlimen mereka. Tan Kai Setiausaha Politik Ketua Menteri

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia