Utusan Borneo (Sarawak)

Jentera PBB Pantai Damai sedia pastikan Parlimen Santubong menang besar

-

KUCHING: Jentera Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Pantai Damai bersedia memastikan Parlimen Santubong yang merupakan kubu kuat Barisan Nasional ( BN) menang besar pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) nanti.

Menteri Muda Utiliti merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, dengan kerjasama dan komitmen kepimpinan PBB di peringkat ranting di DUN Pantai Damai meyakinkan lagi untuk BN mempertaha­nkan kerusi tersebut pada PRU14 kelak.

Malah dedahnya, strategi mendaftar setiap penduduk di DUN Pantai Damai yang mencapai usia 18 tahun ke atas menjadi ahli PBB merupakan langkah utama meningkatk­an majoriti pengundi BN di kawasan tersebut.

“Setakat ini DUN Pantai Damai antara kawasan yang mempunyai keahlian terbanyak iaitu seramai 14,640 orang dan saya bangga mempunyai jentera parti yang mantap dan mempunyai komitmen tinggi, sentiasa berdedikas­i serta taat kepada parti.

“Jadi rasanya kami yakin untuk menghadapi PRU14 bila-bila masa sahaja, umum sahaja bila tarikh oleh Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) jentera BN di DUN Pantai Damai telah bersedia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Taklimat Persediaan Mesyuarat Agung Tritahunan (TGM) Ranting PBB DUN Pantai Damai dan Persiapan Jentera PBB Pantai Damai PRU14 di sebuah hotel di sini semalam.

Mengulas lanjut mengenai persiapan PRU14, Dr Abdul Rahman berkata, persiapan itu bukan sahaja dari segi jentera parti sahaja tetapi juga dari segi logistik, senarai pengundi serta isu berbangkit juga sudah disediakan.

Menyentuh mengenai calon bagi kerusi Parlimen Santubong, beliau menjelaska­n ia terpulang kepada Perdana Menteri dan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg untuk menentukan­nya.

“Kita hanya membuat persiapan dari segi jentera, siapa sahaja calon yang ditentukan kita sedia membantu untuk memastikan kemenangan BN di sini,” tegasnya.

Ditanya sama ada penduduk di situ masih mahu mengekalka­n penyandang yang sedia ada iaitu Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Dr Abdul Rahman berkata, perkara itu diputuskan pucuk kepimpinan tertinggi BN.

“Saya tidak tahu, setakat ini beliau ( Wan Junaidi) menjalanka­n tanggungja­wab di kawasan ini cukup baik namun terpulang kepada Per- dana Menteri untuk memutuskan­nya, kita terima siapa sahaja (calon BN) asalkan daripada PBB,” ujarnya.

Terdahulu, menyentuh mengenai taklimat yang dijalankan itu, Dr Abdul Rahman berkata PBB Cawangan Demak Laut menetapkan sepanjang Oktober ini bagi setiap ranting PBB dalam DUN Demak Laut menjalanka­n TGM masing-masing.

Jelasnya, PBB DUN Pantai Damai mempunyai 41 ranting sayap Bapa, 32 ranting sayap Wanita dan 29 ranting Pemuda.

“Kita juga telah melantik ahli jawatankua­sa dari Cawangan DUN Pantai Damai menjadi penyelaras bagi melancarka­n mesyuarat TGM di setiap ranting yang akan dijalankan nanti.

“Selepas TGM peringkat ranting, kita akan mengadakan TGM peringkat cawangan DUN Pantai Damai pada November nanti,” ujarnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia