Utusan Borneo (Sarawak)

Jangkitan denggi di Miri terkawal, 36 kes dilaporkan

-

MIRI: Jangkitan demam denggi bawaan nyamuk aedes di sini masih di tahap terkawal dengan 36 kes dilaporkan dari Januari hingga sekarang.

Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Lee Kim Shin menggesa kerjasama penduduk untuk menjaga persekitar­an dan kebersihan kediaman bagi mencegah pembiakan nyamuk aedes.

“Saya meminta kerjasama Jabatan Kesihatan untuk memperluas­kan kempen ke seluruh kampung. Jangan biar nyamuk aedes membiak di rumah, “tegas beliau ketika menemui penduduk Kampung Pujut Tanjong Batu di dewan kampung berkenaan semalam.

Lee yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin memberitah­u, purata jangkitan denggi di sini sekarang adalah dua kes dalam seminggu.

Katanya jumlah melebihi dua kes dalam seminggu diklasifik­asikan sebagai wabak yang perlu perhatian serius.

Beliau memberitah­u, jangkitan wabak meningkat ketara pada 2015 tetapi menunjukka­n penurunan sejak tahun lalu.

Mengulas isu kesihatan, Lee meminta penduduk menitikber­atkan gaya hidup sihat dalam kehidupan seharian.

Katanya mereka diminta kerap melakukan pemeriksaa­n kesihatan dan mendengar nasihat doktor.

“Punca penyakit bermula daripada diri kita sendiri. Jangan sudah sakit, baharulah kita mahu bertindak,” jelasnya.

Turut hadir Pegawai Daerah Abdul Aziz Mohd Yussuf, Pegawai Kesihatan Bahagian Miri Dr Veronica Lugah dan Ketua Kaum Usman Sulaiman.

Lebih 100 penduduk terlibat dalam aktiviti gotongroyo­ng membersihk­an persekitar­an kampung.

Turut diadakan pameran denggi dan pemeriksaa­n kesihatan oleh Komuniti Sihat Perkasa Negara (KOSPEN).

 ??  ?? TUNJUK: Depan (dari tujuh kanan) Usman, Aziz, Lee, Veronica bersama penduduk menunjukka­n poster Kempen Cegah Denggi di Dewan Kampung Pujut Tanjong Batu semalam.
TUNJUK: Depan (dari tujuh kanan) Usman, Aziz, Lee, Veronica bersama penduduk menunjukka­n poster Kempen Cegah Denggi di Dewan Kampung Pujut Tanjong Batu semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia