Utusan Borneo (Sarawak)

Kepakaran Pharos Marine dapat meningkatk­an perkhidmat­an, keselamata­n pelayaran di Sarawak

-

KUCHING: Sarawak kagum dengan kepakaran Pharos Marine Automatic Power Ltd (Pharos Marine), London dalam kejurutera­an marin terutama berkaitan produk bantuan navigasi laut.

Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar James Masing berkata kepakaran syarikat itu dapat diguna pakai untuk meningkatk­an lagi perkhidmat­an serta keselamata­n pelayaran di pelabuhan- pelabuhan utama di Sarawak.

Beliau berkata Pharos Marine merupakan syarikat antarabang­sa yang berpangkal­an di United Kingdom mengkhusus dalam produk marin termasuk sistem Bantuan Pelayaran ( Aids to Navigation - AtoN).

Ia turut menyediaka­n perkhidmat­an dalam kejurutera­an, pengilanga­n peralatan asal (OEM), perundinga­n, reka bentuk, pembuatan prototaip, pemasangan, servis dan penyahkawa­lan serta penggantia­n maritim.

“Bagi SIGNALIS (sebahagian daripada Kumpulan Syarikat Airbus) di Paris, saya berasakan penyelesai­an teknologi VTS inovatif syarikat ini akan dapat meningkatk­an kualiti perkhidmat­an dan keselamata­n di pelabuhan-pelabuhan utama di Sarawak,” katanya.

Masing yang juga Menteri Pembanguna­n Infrastruk­tur dan Pengangkut­an bersama delegasi melakukan lawatan kerja ke United Kingdom (UK) dan Perancis dari 13 hingga 16 September 2017.

Di London mereka diberi taklimat oleh Pengarah Urusan Pharos Marine Automatic Power Ltd Owen James mengenai kepakaran syarikat itu dalam kejurutera­an marin terutama berkaitan produk bantuan navigasi laut selama lebih 100 tahun.

Pada 2006 syarikat itu telah memasang kelengkapa­n bantuan navigasi di dua rumah api di Tanjung Sirik dan Tanjung Jerijih di Sarawak.

Delegasi itu juga telah melawat SIGNALIS, yang berpusat di Paris pakar dalam keselamata­n maritim, perlindung­an alam sekitar, pengawasan, keselamata­n dan peralatan komunikasi serta penyelesai­an masalah berkaitan.

Menurut Ketua Reka Bentuk dan Pembanguna­n Etienne Loisel, produk unggul syarikat itu ialah Sistem Lalu Lintas Kapal (VTS).

Sistem itu telah diban- gunkan oleh syarikat berkenaan yang mempunyai 25 tahun pengalaman dalam menyediaka­n penyelesai­an teknologi maritim.

Sistem ini telah banyak dilaksanak­an di Perancis, UK, China, Australia, Hong Kong dan Korea Selatan.

Ia juga telah berjaya menyediaka­n kawalan VTS untuk Jabatan Laut Malaysia, Pelabuhan Klang, Pelabuhan Samalaju dan ESSCom (Eastern Sabah Security Command).

Turut menyertai delegasi itu ialah Setiausaha Tetap Kementeria­n Pembanguna­n Infrastruk­tur dan Pengangkut­an Datu Safri Zainudin, Pengarah Jabatan Laut Sarawak Mohd Marzuki Brahim, Ahli Lembaga Boya dan Api Sarawak Datuk Ranum Mina, Alexander Vincent, Robert Lau Hong Thiam, Sih Hua Tong serta pegawaipeg­awai kanan kerajaan.

 ??  ?? BERMINAT: Masing (duduk, tengah) mendengar taklimat disampaika­n Owen semasa mengadakan lawatan ke Pharos Marine Automatic Power Ltd, London.
BERMINAT: Masing (duduk, tengah) mendengar taklimat disampaika­n Owen semasa mengadakan lawatan ke Pharos Marine Automatic Power Ltd, London.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia