Utusan Borneo (Sarawak)

Lawatan ke London pelajari cara urus pelabuhan

Masing lawat LPA, Penghalang Thames pelajari cara LPA beroperasi, peralatan kawal trafik perkapalan

-

KUCHING:Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar James Masing barubaru ini mengetuai delegasi mengadakan lawatan kerja ke Lembaga Pelabuhan London (LPA) dan Penghalang Thames (Thames Barrier), London.

Beliau berkata tujuan lawatan kerja itu ialah untuk mempelajar­i cara-cara LPA beroperasi serta peralatanp­eralatan digunakan di situ bagi mengawal trafik perkapalan.

Masing yang juga Menteri Pembanguna­n Infrastruk­tur dan Pengangkut­an menambah, lawatan itu juga diharap dapat memperkuku­hkan lagi pengetahua­n pihak bertanggun­gjawab mengurus pelabuhan- pelabuhan di negeri ini menggunaka­n teknologi terkini.

“Kita boleh mengguna pakai amalan serta pengalaman di Lembaga Pelabuhan London untuk tujuan meningkatk­an keselamata­n navigasi di perairan Sarawak dengan melaksanak­an Sistem Trafik Perkapalan (VTS).

“Bagi Baraj Kuching kita

Kita boleh mengguna pakai amalan serta pengalaman di Lembaga Pelabuhan London untuk tujuan meningkatk­an keselamata­n navigasi di perairan Sarawak dengan melaksanak­an Sistem Trafik Perkapalan. Tan Sri Datuk Amar James Masing Timbalan Ketua Menteri

(Sarawak) boleh mengikut contoh praktis Thames Barries menggantik­an bahagian– bahagian pelan dan peralatan semasa serta ketika ia mencapai hayat penggunaan direka walaupun masih berada dalam keadaan baik,” jelasnya.

Di LPA, delegasi itu disambut Pengurus VTS Kelvin Aterton yang turut memberi taklimat dan demonstras­i VTS beroperasi di sepanjang Sungai Thames serta kawasan sekitarnya.

LPA berpengala­man meng- gunakan VTS selama lebih daripada 30 tahun.

Keperluan untuk VTS mula diketengah­kan pada 1989 apabila sebuah bot parti telah berlanggar dengan tongkang dan mengakibat­kan 51 kematian.

Selepas siasatan yang berlangsun­g selama 10 tahun, Sistem Pengenalan Automatik ( Automatic Identifica­tion System - AIS) telah diwajibkan dan sistem akhirnya terus dipertingk­atkan menjadi VTS yang digunakan sepenuhnya sehingga sekarang.

Kini VTS beroperasi 24 jam setiap hari untuk semua aktiviti pelayaran sepanjang Sungai Thames di kawasan seluas kira- kira 600 batu persegi.

Pada 2016 sahaja, ketibaan kapal yang dikenakan caj ke Pelabuhan London adalah sebanyak 10,869 buah manakala jumlah pengeluara­n (throughput) lalu lintas pula adalah 50.4 juta tan.

Sementara itu Thames Barrier merupakan pelopor bagi Baraj Kuching di Sejingkat, dekat sini.

Penghalang Thames yang mempunyai 10 pintu air dibina pada 1970-an dengan kos 520 juta pound sterling.

Penghalang banjir mudah alih berkesan ini terletak di Sungai Thames, di timur pusat bandar raya London dan direka untuk mencegah banjir yang diramal berlaku sehingga tahun 2070.

Ia telah beroperasi sejak 1984 dan berjaya menghalang banjir di kawasan tengah London yang mempunyai ke- padatan penduduk sebanyak 1.35 juta orang.

Projek itu turut mengambil kira kesan alam sekitar terhadap ikan di sungai dan burung di kawasan tersebut.

Bagi tujuan penyelengg­araan, para perwakilan juga diberi taklimat tentang kaedah penyelengg­araan bulanan dan tahunan dijalankan yang melibatkan kira-kira 3,000 kakitangan, secara khusus dan juga untuk tujuan pendedahan terperinci dan umum.

Kos penyelengg­araan Penghalang Thames dianggarka­n sekitar 10 juta pound sterling setahun.

Operasi Penghalang Thames dikawal dengan teliti oleh sensor jarak jauh dan kamera litar tertutup (CCTV).

Menyertai delegasi itu ialah Setiausaha Tetap Kementeria­n Pembanguna­n Infrastruk­tur dan Pengangkut­an Datu Safri Zainudin dan Pengarah Jabatan Laut Sarawak Mohd Marzuki Brahim.

Ahli Lembaga- Lembaga Boya dan Api Sarawak Datuk Ranum Mina, Alexander Vincent, Robert Lau Hong Thiam, Sih Hua Tong serta pegawai-pegawai kanan kerajaan yang lain.

 ??  ?? UNTUK ALBUM: Masing dan delegasi 16 anggota merakam kenangan semasa mengadakan lawatan ke LPA, London.
UNTUK ALBUM: Masing dan delegasi 16 anggota merakam kenangan semasa mengadakan lawatan ke LPA, London.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia