Utusan Borneo (Sarawak)

DTTG kunjungi Pusat Dialisis PBSM Miri

-

MIRI: Kumpulan Pemikir Dayak atau lebih dikenali sebagai Dayak Think-Tank Group (DTTG), baru-baru ini telah mengadakan kunjungan ke Pusat Dialisis Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) Miri sebagai salah satu usahanya memupuk semangat penyayang dan prihatin terhadap golongan kurang berkemampu­an serta memerlukan.

Kunjungan tersebut diketuai Pengerusi DTTG Cawangan Miri Elias Lipi Mat, Timbalan Pengerusi Philip Asry dan ahli lain.

“Kunjungan oleh DTTG Miri ini adalah untuk memupuk semangat kasih sayang di kalangan ahli kumpulan ini terhadap golongan memerlukan selain mengambil berat terhadap para pesakit di pusat tersebut,” jelas Elias.

Pada masa yang sama, beliau memberitah­u aktiviti itu bertujuan menggalakk­an penglibata­n ahli DTTG dalam menyemai sikap mengambil berat, hormat- menghormat­i dan saling membantu golongan berada dalam kesusahan.

Di samping itu Elias mewakili DTTG Miri, turut memberi sumbangan kepada para pesakit di pusat dialisis tersebut bagi membantu meringanka­n bebanan mereka.

Elias dan rakan-rakan berharap aktiviti seperti itu turut dilakukan badan korporat dan swasta supaya turut bersamasam­a membantu mereka yang amat memerlukan perhatian daripada masyarakat umum.

Sementara itu, Elias turut mengucapka­n setinggi-tinggi penghargaa­n dan jutaan terima kasih kepada semua staf yang terlibat di Pusat Dialisis PBSM Miri atas sambutan mesra dan kerjasama yang diberi kakitangan pusat tersebut.

“Kami gembira apabila melihat para pesakit turut berasa gembira dengan kehadiran kami dan kakitangan­nya berasa amat dihargai melalui kunjungan tersebut walaupun singkat,” jelasnya.

 ??  ?? MESRA: Elias (berdiri, tengah) dan Dr Teo (berdiri, kiri) bertanya khabar kepada salah seorang pesakit yang menjalani rawatan dialisis di pusat berkenaan.
MESRA: Elias (berdiri, tengah) dan Dr Teo (berdiri, kiri) bertanya khabar kepada salah seorang pesakit yang menjalani rawatan dialisis di pusat berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia