Utusan Borneo (Sarawak)

Persatuan Dayak 360 bergotongr­oyong baiki rumah penduduk

-

MIRI: Persatuan Dayak 360 (D360) Cawangan Miri meraikan sambutan Hari Malaysia dengan cara berbeza apabila mereka bergotong- royong membaiki sebuah rumah di Kampung Tudan Desaras, di sini kelmarin.

Richard Dular, 40, tinggal di rumah uzur tersebut bersama isteri dan enam anaknya berusia tujuh bulan hingga 17 tahun.

Kehidupan mereka sekeluarga menjadi semakin teruk apabila Richard hilang pekerjaan dua tahun lalu disebabkan keadaan ekonomi tidak baik.

Apabila D360 melawat rumah Richard, mereka mendapati keluarga terbabit tinggal di rumah itu tanpa bekalan air bersih dan elektrik.

Menurut Walter Sela yang mengetuai kumpulan D360, keluarga terbabit mulanya menerima bekalan air bersih dan elektrik namun berikutan keadaan ekonomi tidak baik ketika itu menyebabka­n mereka tidak mampu membayar bil elektrik dan air sehingga bekalan tersebut terpaksa dipotong.

“Kini mereka bergantung kepada air hujan dan mengambil air dari saluran pili bomba berdekatan.

“Anak sulung mereka berusia 17 tahun dipercayai berhenti sekolah untuk membantu ayahnya menjalanka­n pekerjaan tidak menentu bagi menyokong pendapatan keluarga, hanya empat daripada enam beradik ini bersekolah.

“Kita merancang bagi projek baik pulih sejak tiga bulan lalu dengan 27 ahli terlibat termasuk dari Rumah Liam dan Bakong,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Walter bagi pihak D360 mengucapka­n terima kasih kepada Haslan Morshidi yang menyerahka­n sumbangan RM2,000 yang dikumpul daripada ahli kumpulan dikenali Baram Brothers dan kariah masjid.

“Kami juga menerima 20 keping atap zink daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) Miri semasa gotong-royong dan kami menghargai sumbangan tersebut,” katanya.

Gotong-royong sehari itu bermula jam 8 pagi dan berakhir 8 malam di mana persatuan itu membaiki atap rumah yang bocor dan menukar dinding rumah usang.

“Kami juga membina tandas baharu dan membina jambatan kukuh merentasi longkang dari jalan utama ke rumah tersebut,” katanya.

Sementara itu, Walter berharap lebih ramai sukarelawa­n tampil membantu dan memberi sokongan menjalanka­n kerja amal seperti itu.

 ??  ?? BAIKI: Ahli D360 membaiki atap dan dinding rumah usang tersebut.
BAIKI: Ahli D360 membaiki atap dan dinding rumah usang tersebut.
 ??  ?? BERSATU: Ahli KDMB dan GADS semasa sesi suai kenal dan majlis pertemuan di Taman Selera di Miri, Sabtu lalu.
BERSATU: Ahli KDMB dan GADS semasa sesi suai kenal dan majlis pertemuan di Taman Selera di Miri, Sabtu lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia