Utusan Borneo (Sarawak)

Maklumkan kepada pihak atasan kekurangan infrastruk­tur sekolah

Maklum kepada JPN dan KPM supaya masalah dapat ditangani: Tiong

- Oleh Abang Ismail Abang Su’ud

BINTULU: Sekolah- sekolah luar bandar khususnya yang menghadapi masalah atau kekurangan infrastruk­tur perlu memaklumka­n kepada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) serta Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM) supaya dapat ditangani dan dibantu.

Ahli Parlimen Bintulu Datuk Seri Tiong King Sing berkata dalam apa juga keadaaan pengurusan sekolah perlu berusaha dan bertindak memaklumka­n masalah atau permohonan mereka dan projek-projek dinaik taraf kepada Jabatan Pendidikan Negeri.

“Kerajaan ada peruntukan atau tidak, itu soal lain. Apa yang penting mana- mana projek sekolah perlu dinaik taraf atau masalah dihadapi terutama di kawasan hulu perlu dimaklumka­n kepada pihak atasan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis sambutan Bulan Kemerdekaa­n dan perasmian pembukaan bilik mesyuarat Sekolah Kebangsaan (SK) Sebauh di sini semalam.

Mengenai permintaan menaik taraf dewan SK Sebauh yang memerlukan perun- tukan RM500,000, beliau berharap dapat memberi peruntukan itu jika masih menjadi wakil rakyat tahun dapan.

Tiong turut mengumumka­n bantuan 100 kerusi plastik untuk SK Sebauh dan sumbangan RM20,000 membantu aktiviti Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Sebauh.

Melalui sumbangan itu, beliau berjanji membantu dengan kadar termampu sekolah-sekolah memerlukan bantuan.

Dalam perkembang­an lain, Tiong menyeru ibu bapa aktif menyokong aktiviti anakanak yang dianjurkan guru dan pihak sekolah.

“Sokongan penting dalam memberi pendidikan terbaik kepada anak-anak,” katanya sambil menggesa guru bersama ibu bapa menerapkan semangat patriotik dalam kalangan murid supaya mereka mempunyai perasaan cinta kepada negara.

Justeru, ibu bapa dan guru perlu kreatif dan inovatif menerap nilai patriotik dan budaya membela nasib negara kepada anak didik mereka.

Hadir sama Pegawai Pendidikan Daerah Sebauh Tero Bayel, Guru Besar SK Sebauh Bernard Tahim dan Yang Dipertua PIBG SK Sebauh Nyaring Lai.

Kerajaan ada peruntukan atau tidak, itu soal lain. Apa yang penting manamana projek sekolah perlu dinaik taraf atau masalah dihadapi terutama di kawasan hulu perlu dimaklumka­n kepada pihak atasan. Datuk Seri Tiong King Sing Ahli Parlimen Bintulu

 ??  ?? UNTUK ALBUM: Tiong (tengah) bersama Bernard, Tero, Nyaring, guru dan murid SK Sebauh.
UNTUK ALBUM: Tiong (tengah) bersama Bernard, Tero, Nyaring, guru dan murid SK Sebauh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia