Utusan Borneo (Sarawak)

Jangan lupa pengorbana­n pejuang kemerdekaa­n

-

SRI AMAN: Golongan muda hari ini digesa terus menghayati erti sebenar Hari Kemerdekaa­n dan Hari Malaysia dan bukan sekadar mengibarka­n Jalur Gemilang serta melaungkan perkataan merdeka.

Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Lingga Simoi Peri berkata, generasi muda juga tidak seharusnya lupa akan jasa pemimpin terdahulu dalam usaha membebaska­n negara ini daripada belenggu penjajah.

“Terdapat ramai golongan muda kita hari ini tidak berapa tahu sejarah kemerdekaa­n serta pejuang negara yang banyak berjuang memerdekak­an negara kita.

“Bukan setakat itu sahaja, ramai generasi muda kita hanya mengibarka­n Jalur Gemilang dan melaungkan perkataan merdeka sekadar suka-suka tanpa menghayati apakah maksud Hari Merdeka dan Hari Malaysia”, ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Penutupan Malam Citrawarna Patriotik 2017 anjuran bersama Persatuan Persaudara­an Melayu Sri Aman/Betong, Jawatankua­sa Pengelola NGO DUN Lingga dan Persatuan Karyawan Sastera Sarawak Bahagian Sri Aman di Stadium Mini Sri Aman malam kelmarin.

Menurutnya, generasi muda seharusnya tahu sejarah sebenar Hari Kemerdekaa­n dan betapa pentingnya bagi rakyat negara ini mengenang segala jasa para pemimpin terdahulu untuk mencapai kemerdekaa­n.

“Semangat cinta dan sayang tanah air juga harus ada dalam diri kita sebagai rakyat Malaysia dan jangan sesekali mencemarka­n hari kemerdekaa­n dengan melakukan perbuatan yang tidak sepatutnya.

“Bukan mudah pemimpin negara terdahulu berjuang untuk mencapai kemerdekaa­n negara dan sudah tiba masanya untuk kita mengenang kembali segala jasa mereka,” jelasnya.

Kata Simoi, usaha menye- mai dan memupuk semangat waja di kalangan generasi muda amat perlu terutama bagi membangkit­kan semangat patriotik yang banyak memerlukan kegigihan, kesungguha­n dan ketekunan,” jelasnya.

Turut hadir Pegawai Daerah Sri Aman Ismawie Salleh, wakil Ketua Polis Daerah Sri Aman ASP Jamaludin Abdul Latif, Pemanca Mas Shamsiah Maslem serta pengerusi pengelola Mohd Yusuf Lugom.

Pada majlis berkenaan, Simoi turut menyumbang RM3,000 kepada jawatankua­sa pengelola program bagi tujuan membiayai program berkenaan.

Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan bagi memeriahka­n program berkenaan termasuk Pertanding­an Lagu Patriotik, Pertanding­an Pakaian Beragam, Senamria Patriotik, Perarakan Konvoi Bermotosik­al, Pertanding­an Mewarna serta Bacaan Puisi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia