Utusan Borneo (Sarawak)

Kerjasama penduduk rumah panjang, pemimpin mudahkan pelaksanaa­n projek

-

MIRI: Kerjasama antara penduduk dan pemimpin di rumah panjang memudahkan perancanga­n dan pelaksanaa­n projek kerajaan.

Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Lambir Ripin Lamat berkata kerjasama ketua kaum, tuai rumah, Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung ( JKKK) serta penduduk amat penting demi membawa pembanguna­n ke kawasan mereka.

Beliau berkata demikian ketika sambutan ambang Hari Malaysia di Rumah Banyang Ngalai di Sungai Sengkabang Ulu Sibuti malam kelmarin.

Antara projek dilaksanak­an ialah penyediaan tapak rumah panjang melibatkan perbelanja­an RM100,000, menurap jalan dari simpang masuk, depan dan belakang rumah panjang serta pembinaan parit melibatkan perbelanja­an RM400,000.

Ripin memberitah­u, fasa satu pembinaan rumah panjang baharu Rumah Banyang sebanyak 70 pintu telah bermula pada 2015 melalui Skim Pinjaman Suruhanjay­a Perumahan Negeri Sarawak.

“Manakala fasa kedua baki 13 pintu lagi akan dimulakan setelah ada tapak tambahan,” tambahnya.

Mengenai projek bekalan air, Ripin berkata ia sedang dalam pelaksanaa­n melibatkan penyambung­an paip yang dijangka siap pada suku pertama 2018.

Sambutan dimeriahka­n dengan pelbagai aktiviti seperti pertanding­an melukis untuk kanak-kanak dan sukaneka.

Pada majlis itu, seramai 12 warga emas berusia 65 tahun ke atas menerima sumbangan makanan dan barangan dapur.

Turut terlibat ialah pasukan ‘ Task Force’ Jabatan Pendaftara­n Negara (JPN) membantu mengurus hal berkaitan surat beranak dan kad pengenalan. Turut hadir Penghulu Sadi Mancha, tuai rumah dan kaunselor.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia