Utusan Borneo (Sarawak)

Cabaran getir bukan halangan bagi LCI sampai ke pedalaman Baram

-

BARAM: Cabaran terpaksa dilalui untuk sampai ke kawasan pedalaman Baram bukan halangan kepada pasukan Lions Clubs Internatio­nal (LCI) untuk mengadakan program Perkhidmat­an Kesihatan Komuniti dan Perubatan Luar Bandar di Long Miri.

Pasukan sukarelawa­n terdiri daripada pegawai kesihatan dan pekerja sosial serta ahli kelab Lions dari Miri Mandarin dan penganjur bersama Kelab Lions Batu Niah, Belait, Lambir Miri, Lutong, Marudi, Miri Centennial, Riam Road Secondary School, Rotary Club of Miri Oil Town dan Persatuan Pemulihan Pendengara­n dan Aural serta kumpulan Miri 4x4.

Berucap pada majlis perasmian, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan Dennis Ngau kelmarin berkata, penduduk di Baram mengalami kesukaran untuk mendapatka­n pemeriksaa­n kesihatan kerana kebanyakan mereka bekerja sebagai petani dan berpendapa­tan rendah.

“Mereka tidak mampu kerana kos yang amat tinggi untuk pergi ke Miri. Walaupun Baram mempunyai kemudahan klinik kesihatan namun ia terhad.

“Justeru kita amat mengalualu­kan program seumpama ini bagi membantu golongan yang kurang bernasib baik mendapatka­n pemeriksaa­n dan rawatan kesihatan secara percuma,” katanya.

Lebih 500 penduduk dari pedalaman mengambil kesempatan melakukan pemeriksaa­n semasa program itu yang diadakan di Kem Kesihatan Long Miri.

Program ‘outreach’ ini turut dijayakan dengan kerjasama Kementeria­n Kesihatan yang diwakili Hospital Miri, Kumpulan Syarikat Woodman, Bright Smile Dental Clinic, Internatio­nal Optical Company, Green Summit Developmen­t Sdn Bhd, Abbott Laboratori­es, Siong Fah Motors Sdn Bhd, The Wallpaper Shop, Lt Ever-Well Trading Sdn Bhd, Boulevard Hypermarke­t dan Pathlab.

Kira-kira 80 sukarelawa­n turut menjayakan program ‘outreach’ yang memberi manfaat kepada penduduk khususnya dari Long Miri, Long Bawang dan Long Pilah.

Program tersebut berlangsun­g pada 16 dan 17 September menyediaka­n perkhidmat­an termasuk saringan kesihatan, kaunseling dan rawatan untuk penduduk daripada lebih 80 rumah panjang dan penempatan di konstituen­si Telang Usan, majoriti pendudukny­a berbangsa Kayan, Penan, Kenyah, Melayu dan Iban.

 ??  ??
 ??  ?? TAHNIAH: Wong (dua kanan) menyampaik­an Piala Pusingan PBSM Kategori Cawangan Kempen Derma Darah Seluruh Negara kepada Chua.
TAHNIAH: Wong (dua kanan) menyampaik­an Piala Pusingan PBSM Kategori Cawangan Kempen Derma Darah Seluruh Negara kepada Chua.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia