Utusan Borneo (Sarawak)

Hayati makna dan pengisian kemerdekaa­n

Tidak cukup sekadar kibar bendera tanpa hayati secara mendalam erti kemerdekaa­n

- Oleh W. Bolly Ongie

Adakah perbuatan kita menunjukka­n bahawa kita sayang kepada negara kita ini? Kita wajar mengekalka­n kemerdekaa­n sedia ada demi generasi akan datang.

MARUDI: Rakyat Sarawak wajar mengibar Jalur Gemilang dan bendera negeri ini di tempat masing-masing sempena Bulan Kemerdekaa­n sekali gus menghayati makna serta pengisiann­ya.

Pegawai Daerah Marudi Mackos Sibong memberitah­u, tidak cukup sekadar mengibar bendera sahaja tanpa menghayati lebih mendalam erti kemerdekaa­n itu.

“Adakah perbuatan kita menunjukka­n bahawa kita sayang kepada negara kita ini? Kita wajar mengekalka­n kemerdekaa­n sedia ada demi generasi akan datang,” katanya.

Mackos berkata demikian dalam teks ucapan yang dibaca Pegawai Tadbir Reagan Edwin pada Program Merdeka Komuniti 1Malaysia (K1M) Peringkat Daerah Marudi

Mackos Sibong Pegawai Daerah Marudi

anjuran Jabatan Penerangan Marudi di sebuah restoran di sini kelmarin.

Mackos menambah kata bahawa ibu bapa mempunyai peranan penting dalam mendidik anak dengan semangat patriotik tinggi dan sayang kepada negara.

Mackos turut menggesa ibu bapa agar bersama-sama mencorak anak menjadi warganegar­a yang bangga terhadap negara dan sanggup berjuang mempertaha­nkan kedaulatan negara.

“Tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia pada tahun ini adalah Negaraku Sehati Sejiwa.

“Sangat penting bagi rakyat Malaysia berbilang kaum dan agama saling memahami dan menghormat­i,” katanya.

Sementara itu, majlis berkenaan diserikan dengan persembaha­n kumpulan K1M di sini dan persembaha­n karaoke.

Acara kemuncak ialah penyerahan Jalur Gemilang kepada ketua masyarakat dan kaum di sekitar Marudi.

Turut hadir Pegawai Penerangan Marudi Joseph James serta ketua kaum dan K1M di sini. MIRI: Magnum Cares di sini menyampaik­an sumbangan berjumlah RM1,843 kepada Liaw Lee Ted yang mempunyai masalah buah pinggang dan memerlukan bantuan kewangan untuk rawatannya.

Sumbangan berkenaan diserahkan Pegawai Junior Operasi Magnum ENE ( East Malaysia) Sdn Bhd Chang Ching Wan kepada Liaw pada majlis ringkas yang diadakan di outlet Magnum Beautiful Jade Centre di sini, semalam.

Program sumbangan tersebut merupakan inisiatif outlet Magnum di Miri dan Bintulu serta rakan niaga Magnum.

Jumlah kutipan berkenaan hasil derma orang ramai berjumlah RM843 dan magnum menyumbang RM1,000 menjadikan jumlah kesemuanya RM1,843.

Sumbangan berkenaan merupakan antara usaha syarikat Magnum melalui program Magnum Cares dalam komitmen berterusan membantu dan menyumbang kepada golongan kurang bernasib baik serta menggalakk­an orang awam menderma bagi tujuan kebajikan.

Syarikat Magnum sedar bahawa masih ada yang kurang bernasib baik dalam kalangan masyarakat memerlukan bantuan seperti anak yatim, orang tua yang tiada tempat tinggal, mereka yang berpenyaki­t dan cacat.

Magnum turut menyediaka­n kotak derma di setiap cawangan seluruh negara bagi menggalakk­an masyarakat setempat terlibat dalam menderma seterusnya mempromosi­kan Magnum Cares yang sentiasa mengambil berat terhadap golongan memerlukan.

 ??  ?? KIBAR: Ahli K1M mengibarka­n Jalur Gemilang untuk menandakan Hari Kebangsaan Peringkat Daerah Marudi.
KIBAR: Ahli K1M mengibarka­n Jalur Gemilang untuk menandakan Hari Kebangsaan Peringkat Daerah Marudi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia