Utusan Borneo (Sarawak)

600 peserta bergotong-royong bersih tapak rumah mangsa kebakaran

-

BINTULU: Program Gotong- Royong Perdana disertai 600 peserta diadakan membabitka­n pembersiha­n tapak rumah mangsa kebakaran di Kampung Sebuan Besar, Jepak di sini semalam.

Program anjuran Pejabat Daerah Bintulu dengan kerjasama Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n (JKKK) Kampung Sebuan Besar itu memastikan pembersiha­n di kawasan itu lancar.

Turut menyertai gotongroyo­ng bermula jam 8 pagi dan berakhir jam 12 tengah hari itu ialah Menteri di Jabatan Ketua Menteri (Integriti dan Ombudsman) Datuk Talib Zulpilip, Pegawai Daerah Bintulu Mataip Sayu, Pembantu Khas Ahli Parlimen Bintulu Azman Abdul Rahman dan Penghulu Drahman Kawi.

Pihak keselamata­n, institusi pendidikan, pertubuhan dan persatuan terlibat ialah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia ( APM) Bintulu, Jabatan Sukarelawa­n Malaysia ( RELA) Bintulu, pertubuhan bukan kerajaan ( NGO) seperti Persatuan Anaq Vaie Bintulu, Persekutua­n Pengakap Malaysia Bintulu, Institut Kemahiran MARA (IKM) Bintulu dan Universiti Putra Malaysia (UPM) Kampus Bintulu.

Ahli-ahi parti komponen Barisan Nasional (BN) iaitu Parti Demokratik Progresif (PDP) Jepak dan Skuad Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Jepak dan lain-lain turut serta.

Sebelum itu, Ahli Parlimen Bintulu Datuk Seri Tiong King Sing meluluskan bantuan RM10,000 bagi menjalanka­n kerja- kerja pembersiha­n tapak rumah mangsa kebakaran terbabit.

Tiong menyampaik­an cek peruntukan Projek Mesra Rakyat ( PMR) berjumlah RM160,000 kepada Ketua Kaum Kampung Sebuan Besar Sauni Saibi pada Jumaat lalu.

Bantuan diagihkan kepada lapan pemilik kediaman musnah dalam kebakaran itu dengan setiap mereka menerima RM20,000 bagi membina semula rumah.

Dalam kejadian jam 2 pagi 10 September lalu, lapan rumah musnah dijilat api sehingga mengakibat­kan tujuh keluarga tinggal sehelai sepinggang di Kampung Sebuan Besar, Jepak.

Namun, tiada kecederaan dan kemalangan jiwa berlaku.

 ??  ?? KERJASAMA: Gotong- royong membersih tapak rumah mangsa kebakaran di Kampung Sebuan Besar, Jepak dijalankan pelbagai pihak di Bintulu semalam.
KERJASAMA: Gotong- royong membersih tapak rumah mangsa kebakaran di Kampung Sebuan Besar, Jepak dijalankan pelbagai pihak di Bintulu semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia