Utusan Borneo (Sarawak)

MYDIN Online sedia pembelian atas talian mulai 28 September

- Oleh Henrietta Liza

KUCHING: Mydin Mohamed Holdings Berhad (MYDIN) akan melancarka­n MYDIN Online untuk menyediaka­n pembelian barangan secara atas talian bermula 28 September ini.

Menurut Pengarah Urusan MYDIN Datuk Wira Dr Ameer Ali Mydin ia bagi memudahkan para pelanggan menikmati harga borong yang berterusan sepanjang masa di sini.

“Ia akan dimulakan di Semenanjun­g Malaysia terlebih dahulu dan dijalankan secara berperingk­at di Malaysia Timur,” katanya semalam.

Sementara itu, MYDIN sentiasa berkembang secara agresif dalam melebarkan sayapnya di negeri ini dengan mengumumka­n pembukaan MYDIN di Vista Tunku, Kuching pada penghujung Disember tahun ini.

Pihaknya telah membuat pelaburan hampir mencecah setengah billion ringgit bagi cawangan ketiga MYDIN di Sarawak.

Sehingga kini, MYDIN mempunyai 322 cawangan dengan 10 format perniagaan.

Sempena sambutan Hari Malaysia Ke-54 dan Ulang Tahun MYDIN Ke-60, pelbagai aktiviti telah diadakan di sini membabitka­n penyertaan orang ramai.

Semalam juga, Pertanding­an Mewarna melibatkan kanakkanak dalam dua kategori turut diadakan dengan penglibata­n seramai 50 kanak-kanak berumur 6 hingga 12 tahun.

Hadiah berupa baucar MYDIN dan ‘beg goodie’ diberikan kepada pemenang yang berjaya menghasilk­an hasil karya mewarna yang paling unik dan kreatif sesuai dengan tema Hari Malaysia.

Manakala di MYDIN CityONE, pertanding­an mewarna terbuka kanak-kanak turut dijalankan bagi mereka yang berusia seawal 5 dan 6 tahun sahaja.

Kraftangan Malaysia turut sama membuat promosi barang kraf sejak 15 September dan berakhir semalam.

Kempen menderma darah digerakkan oleh Borneo Medical Centre (BMC) bagi menggalakk­an masyarakat menderma darah selain membantu meningkatk­an bekalan darah pihaknya.

Pertanding­an Memasak ‘Dapur Antap Bersama MYDIN dan Adabi’ disertai tujuh peserta akhir menyediaka­n makanan tempatan laksa Sarawak serta menghias kek bertemakan Hari Malaysia.

“Memang tidak dapat dinafikan, makanan mempunyai kesaktian yang luar biasa dalam usaha menyatukan masyarakat pelbagai bangsa, agama, dan budaya terutama di negeri Sarawak,” katanya menambah.

Kelmarin, persembaha­n ‘ Mini Showcase’ daripada artis tempatan menampilka­n The Family Man, Ila Damia, Asyraf Hardy, Aideed, Fiyah dan Soundholic menghiburk­an pengunjung.

‘Mini Showcase’ turut menampilka­n persembaha­n alat muzik tradisiona­l Sarawak sape daripada Julian Cottet - warga Perancis yang mahir dalam memainkann­ya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? MEWARNA: Kanak-kanak tekun mewarnakan bahan yang diberikan oleh pihak MYDIN sempena sambutan Hari Malaysia dan Ulang Tahun MYDIN Ke-60.
MEWARNA: Kanak-kanak tekun mewarnakan bahan yang diberikan oleh pihak MYDIN sempena sambutan Hari Malaysia dan Ulang Tahun MYDIN Ke-60.
 ??  ?? ENAK: Peserta pertanding­an memasak sibuk menyediaka­n hidangan kesukaan tempatan laksa Sarawak menggunaka­n produk keluaran Adabi semalam.
ENAK: Peserta pertanding­an memasak sibuk menyediaka­n hidangan kesukaan tempatan laksa Sarawak menggunaka­n produk keluaran Adabi semalam.
 ??  ?? MENARIK: Di sudut pameran kraf tangan, seorang artisan mencanting corak batik.
MENARIK: Di sudut pameran kraf tangan, seorang artisan mencanting corak batik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia