Utusan Borneo (Sarawak)

Bomba Terengganu sentiasa periksa pusat tahfiz: JBPM

-

KUALA TERENGGANU: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu sudah memeriksa 12 daripada 47 sekolah pondok dan pusat tahfiz yang berdaftar sepanjang tahun ini.

Pengarah JBPM Terengganu Azlimin Mat Nor menjangka kesemua 47 madrasah itu akan selesai diperiksa sebelum penghujung tahun ini.

“Hasil pemeriksaa­n di 12 sekolah pondok dan pusat tahfiz itu, kami berpuas hati dengan aspek keselamata­n yang menepati piawaian ditetapkan JBPM.

“Cuma ada satu atau dua sahaja yang perlu melakukan penambahba­ikan seperti lampu kecemasan di laluan keluar, tanda arah laluan kecemasan dan memastikan semua alat pemadam kebakaran berfungsi dengan baik,” katanya kepada pemberita selepas memeriksa Madrasah Al Rahmah di Kampung Paloh Sungai Kiat di sini, semalam.

Beliau yang berpuas hati dengan tahap keselamata­n kebakaran di madrasah itu turut mengadakan taklimat khas kepada pelajar, warden dan tenaga pengajarny­a mengenai langkah pencegahan kebakaran dan pelan kecemasan yang perlu diambil sekiranya kejadian tidak diingini berlaku.

Ditanya mengenai kesediaan JBPM Terengganu membantu mana-mana sekolah pondok dan pusat tahfiz membuat pemeriksaa­n tahap keselamata­n pula, Azlimin berkata pihaknya sangat mengalu-alukan permohonan seumpama itu.

“Kita sedia memberi khidmat nasihat kepada mereka tanpa mengira sama ada ia telah berdaftar dengan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) atau belum.

“Memberi khidmat nasihat dan bimbingan itu memang keutamaan kami, namun ia bukanlah pemeriksaa­n yang bertujuan memberi sokongan untuk mendapatka­n sijil layak menduduki (CF) daripada mana-mana Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Itu adalah perkara berbeza kerana untuk mendapatka­n CF, sekolah pondok dan pusat tahfiz itu mestilah mematuhi kesemua peraturan yang ditetapkan,” katanya.

JBPM Terengganu menganggar­kan terdapat lebih 200 sekolah pondok dan pusat tahfiz yang beroperasi di seluruh negeri ini dan berharap pengurusan yang masih belum berdaftar dengan pihaknya segera berbuat demikian demi keselamata­n pelajar.

Sementara itu, Pengerusi Pertubuhan Madrasah Tahfiz Al Rahmah, Mustaffa Said, berkata pihaknya lega setelah mendapat kelulusan JBPM Terengganu selain mendaftar dengan MAIDAM yang akan melancarka­n lagi operasi madrasah berkenaan.

“Kami mempunyai 48 pelajar termasuk tujuh pelajar dari Kemboja dan lima dari Vietnam yang dibantu oleh empat tenaga pengajar dan dua warden.

“Kerjasama dengan pihak bomba akan meningkatk­an lagi keyakinan pelajar terutama keluarga mereka mengenai tahap keselamata­n anak-anak mereka di sini. Kami juga menubuhkan Skuad Bomba seperti yang disarankan kerajaan,” katanya.

Di SETIU, Penguasa Kanan Bomba dan Penyelamat Terengganu Zon 1 Wan Azmi Ahmad berkata sebanyak 47 sekolah tahfiz dan madrasah di negeri Terengganu akan menyertai latihan keselamata­n kebakaran di Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia (ABPM), Wakaf Tapai dalam masa terdekat.

“Kursus sehari ini akan dibahagika­n kepada dua sesi iaitu kelas mengenai aspek keselamata­n dan latihan simulasi termasuk cara penggunaan alat pemadam api dengan betul,” katanya kepada pemberita selepas melakukan pemeriksaa­n di beberapa sekolah tahfiz di sini, semalam. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? UTAMAKAN KESELAMATA­N: Azlimin mencuba alat pemadam api yang terdapat di Maahad Tahfiz Ar-Rahmah sewaktu mengadakan pemeriksaa­n keselamata­n di pusat tahfiz itu di Kuala Terengganu, semalam. Turut hadir Pengerusi Maahad Tahfiz Ar-Rahmah Mustaffa Said...
— Gambar Bernama UTAMAKAN KESELAMATA­N: Azlimin mencuba alat pemadam api yang terdapat di Maahad Tahfiz Ar-Rahmah sewaktu mengadakan pemeriksaa­n keselamata­n di pusat tahfiz itu di Kuala Terengganu, semalam. Turut hadir Pengerusi Maahad Tahfiz Ar-Rahmah Mustaffa Said...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia