Utusan Borneo (Sarawak)

Dasar luar Malaysia jelas dan konsisten

Malaysia perlu menjalin hubungan dan bekerjasam­a dengan semua negara di dunia

-

KUALA LUMPUR: Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata dasar luar Malaysia adalah jelas dan konsisten. “Malaysia terus mengamalka­n dasar luar yang bebas, berprinsip lagi pragmatik,” kata beliau.

“Pelaksanaa­n dasar luar Malaysia akan terus berpanduka­n kepada prinsip-prinsip menghormat­i kemerdekaa­n, kedaulatan, keutuhan wilayah dan tidak campur tangan dalam hal ehwal negara lain, penyelesai­an pertikaian secara aman, kewujudan bersama dan manfaat bersama dalam hubungan,” kata beliau dalam satu kenyataan semalam.

Anifah menyangkal beberapa dakwaan yang dibuat oleh anggota Majlis Tertinggi dan Ketua Biro Dasar dan Strategi Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Rais Hussin, dalam satu artikel bertajuk ‘All The Glitters is Not Gold in USMalaysia Relationsh­ip’, yang diterbitka­n oleh sebuah portal berita Jumaat lepas.

Hujah pertama Anifah ialah bagi menjawab dakwaan Rais bahawa Malaysia kini berada dalam lingkungan pengaruh China daripada segi komersial dan ketenteraa­n dan pada sebarang minggu, banyak kapal nelayan China berlegar di sepanjang perairan Semenanjun­g sertra Sabah dan Sarawak.

Anifah berkata sebagai sebuah negara kecil yang banyak bergantung kepada perdaganga­n antarabang­sa dan ketika ancaman terhadap keamanan dan keselamata­n semakin kompleks,

Malaysia perlu menjalin hubungan dan bekerjasam­a dengan semua negara di dunia. Beliau juga berkata peningkata­n aktiviti ekonomi dan pelaburan antara Malaysia dan China adalah hasil daripada globalisas­i dan undang- undang bekalan dan permintaan.

“Begitu juga, peningkata­n aktiviti dalam bidang keselamata­n akan melibatkan kerjasama ketenteraa­n yang lebih erat dan bukan menandakan bahawa Malaysia telah memasuki lingkungan pengaruh China,” kata beliau dan menambah Malaysia menjalin hubungan yang sama dengan kebanyakan negara lain termasuk Amerika Syarikat, Britain, Rusia, Perancis, Australia dan Singapura.

Beliau juga menegaskan bahawa Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menjalanka­n rondaan dan pemantauan rutin kawasan-kawasan maritim, dan akan menahan mana- mana bot nelayan yang menangkap ikan secara haram.

Selain itu, beliau menyatakan bahawa bot nelayan China telah dikesan hanya sekali-sekala dan tidak secara mingguan.

Hujah kedua Anifah ialah berkaitan dakwaan Rais bahawa Anifah telah membenarka­n dua buah kapal selam China berlabuh di Kota Kinabalu dan dalam perkembang­an paling baharu, kapal selam tersebut berlabuh sejurus sebelum Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bertemu President Donald Trump di White House.

Rais juga membuat andaian bahawa “‘Malaysia kini seakan-akan sekutu China” yang sanggup mengikut telunjuk Beijing dalam setiap perkara dan mempersoal­kan tentang bagaimana hubungan AS-Malaysia boleh berfungsi sebagai landasan untuk membina orde maritim antarabang­sa yang lebih kukuh?’

Anifah berkata memang benar kapal perang dan kapal selam China singgah di Kota Kinabalu awal bulan ini dan ini bukan kali pertama kapak-kapal tentera laut China membuat persinggah­an di Kota Kinabalu dan bukan yang terakhir.

Beliau juga berkata kapalkapal perang dari negara lain termasuk Amerika Syarikat, Australia, Jepun, Perancis juga singgah di pelabuhan-pelabuhan di Malaysia termasuk Kota Kinabalu dan akan terus berbuat demikian.

Oleh itu, kata beliau, adalah jelas ia merupakan satu tanggapan yang salah untuk menyatakan bahawa insiden kapal tersebut berlabuh di pelabuhan negara baru-baru ini sebagai menandakan Malaysia seakan sekutu China.

“Kapal-kapal tentera singgah di pelabuhan negara asing untuk mengisi bekalan, memberi cuti rehat kepada anakanak kapal dan menjalanka­n kerja-kerja penyelengg­araan kecil yang juga menyumbang kepada ekonomi tempatan,” kata beliau.

Ketika mengulas pandangan Rais bahawa “Malaysia tidak melaksanak­an apa-apa yang penting walaupun sebagai Pengerusi semasa Sidang Kemuncak ASEAN dan Sidang Kemuncak Asia Timur 2015” dan tidak dapat menangani situasi di Laut China Selatan dan Korea Utara” sedangkan 2015 ialah tahun apabila pengaruh ketenteraa­n China di Laut China Selatan bermula dengan serius”.

Anifah menjawab bahawa Kepengerus­ian ASEAN oleh Malaysia pada 2015 disambut baik oleh kebanyakan negara dan bahawa pendekatan­nya yang membina terhadap isuisu tersebut juga diterima dengan baik.

Beliau berkata usaha Malaysia juga dikagumi apabila membangkit­kan isu-isu itu pada perbincang­an dengan mengambil kira ASEAN berpanduka­n kepada prinsip kesepakata­n, dan sebagai Pengerusi, Malaysia bertindak hanya sebagai fasilitato­r.

“Sepanjang menjadi Pengerusi ASEAN, kita telah menekankan kepada semua negara tentang perlunya untuk memastikan keamanan, keselamata­n, kestabilan dan mengelakka­n ancaman atau menggunaka­n kekerasan serta mengelakka­n aktiviti yang boleh meningkatk­an atau menyulitka­n keadaan,” kata beliau. — Bernama

Begitu juga, peningkata­n aktiviti dalam bidang keselamata­n akan melibatkan kerjasama ketenteraa­n yang lebih erat dan bukan menandakan bahawa Malaysia telah memasuki lingkungan pengaruh China. Datuk Seri Anifah Aman Menteri Luar

 ?? — Gambar Bernama ?? PROMOSI BANDAR: Seramai 800 peserta menyertai larian pada Program Larian Muzium Pahang yang bermula di pekarangan Muzium Seni Kuantan, dekat Kuantan, semalam.
— Gambar Bernama PROMOSI BANDAR: Seramai 800 peserta menyertai larian pada Program Larian Muzium Pahang yang bermula di pekarangan Muzium Seni Kuantan, dekat Kuantan, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia