Utusan Borneo (Sarawak)

Program ‘1 Politeknik 1 Komuniti’ untuk sumbang kepakaran kepada masyarakat

-

KUALA PILAH: Program khidmat masyarakat ‘1 Politeknik 1 Komuniti’ yang menggabung­kan tiga politeknik bertujuan memperkuku­hkan hubungan institusi pendidikan dengan masyarakat sekali gus menyumbang­kan kepakaran pelajar dalam bidang masing- masing, di kawasan perkampung­an.

Pengarah Kanan Akademik Jabatan Pendidikan Politeknik Malaysia Azizi Lin berkata program ini kita terjemahka­n dalam bentuk keluarga angkat antara pelajar dengan penduduk kampung di sekitar Juasseh, dekat sini.

Tiga politeknik itu ialah Politeknik Port Dickson; Politeknik Muadzam Shah dan Politeknik Sultan Ahmad Shah, Pahang.

“Khidmat masyarakat ini dilaksanak­an melalui kaedah mengenal pasti keperluan setempat dan kesejahter­aan komuniti, maka program intervensi sesuai dirancang bagi memberikan impak yang besar kepada masyarakat.

“Antara kerja-kerja khidmat masyarakat yang dilakukan ialah kerja pendawaian, baik pulihrumah­terbakar,mengecat masjid dan bergotong-royong memasak bersama penduduk kampung,” katanya dalam ucapan pada Majlis Penutup Program Khidmat Masyarakat 1Politekni­k 1Komuniti di Masjid Kariah Desa Anggerik di sini, semalam.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri Juasseh Datuk Mohammad Razi Kail.

Katanya, program itu melibatkan seramai 98 pelajar daripada tiga politeknik tersebut.

“Kesemua pelajar ini dibahagika­n kepada 31 keluarga angkat bagi memudahkan kelancaran program yang berlangsun­g selama tiga hari, bermula Jumaat lepas.

“Beberapa kampung sekitar Juasseh telah dipilih bagi menjayakan program ini antaranya Desa Anggerik, Kampung Desa Jemapoh, Kampung Sungai Talan, Kampung Gentam dan juga Kampung Juasseh serta pekannya,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SAKSI: Tengku Adnan (dua kanan) menyaksika­n penyerahan kad ahli sahabat Gerakan Anti Rasuah (GERAH) oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur Tan Sri Mhd Amin Abd Aziz (kanan) kepada Ketua Pesuruhjay­a Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia Tan Sri Dzulkifli Ahmad...
— Gambar Bernama SAKSI: Tengku Adnan (dua kanan) menyaksika­n penyerahan kad ahli sahabat Gerakan Anti Rasuah (GERAH) oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur Tan Sri Mhd Amin Abd Aziz (kanan) kepada Ketua Pesuruhjay­a Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia Tan Sri Dzulkifli Ahmad...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia